Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemandu bas dan persiaran boleh semak bantuan di FB — Chin

0

PEMANDU bas sekolah dan bas persiaran yang layak tetapi belum menerima bantuan PERMAI diminta menyemak senarai nama di laman Facebook Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah.

Pengerusi LPKP Sabah Dato’ Chin Kim Hiung memberitahu bahawa LPKP Sabah telah membuat bayaran bantuan PERMAI sebanyak RM 500 ke akaun mereka tetapi pihak bank telah memaklumkan transaksi tidak dapat dilaksanakan atas faktor tertentu.

“Faktor berkenaan termasuk 1) nombor akaun tiada dalam pangkalan data bank, 2) nama bank pemilik akaun tidak tepat dan 3) nombor MyKad yang diberikan tidak sama dengan nombor MyKad pemilik akaun bank,” kata Chin.

Sehubungan dengan itu, nama-nama yang tersenarai dalam lampiran dimohon mengemukakan dokumen sokongan seperti lampiran MyKad dan lampiran Penyata Bank yang menunjukkan nama bank, pemilik akaun dan nombor akaun yang jelas bagi tujuan pelaksanaan bayaran bantuan ke e-mel prihatin@lpkpsabah.gov.my , tambah beliau.

Mereka dinasihati untuk mengemukakan semula maklumat tersebut selewat-lewatnya pada 14 Jun 2021 (Isnin) sebelum 10.00 pagi dan sebarang rayuan selepas itu tidak akan diterima, kata Chin lagi.

Kepada para penerima yang layak namun masih belum menerima bantuan, diminta menyemak e-mel yang berdaftar dengan LPKP bagi tujuan kemaskini dokumen sokongan sekiranya diperlukan bagi tujuan pembayaran, kata Chin.

Menurut Chin, LPKP Sabah telah selesai menyalurkan pembayaran kepada 400 pemandu bas sekolah dan 411 pemandu bas persiaran.

Manakala seramai 60 orang pemandu bas sekolah dan 38 orang pemandu bas persiaran yang layak masih menunggu pembayaran disebabkan LPKP Sabah sedang dalam proses mendapatkan dokumen tambahan yang diperlukan daripada mereka. – Oleh: ABANG JOE

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.