Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hentikan Tular, peruntukan Jambatan Gantung Mansiang Lulus – Adun Tulid

.. Naiktaraf jalanraya 1 kilometer turut dilaksana

0

Oleh DG HENRY

HENTIKAN tular, peruntukan membina sebatang jambatan gantung yang  merentangi Sungai Mansiang lulus, kerja membina  bermula sebaik dokumentasi  sebutharga selesai dalam tempoh terdekat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid Flovia Ng.

Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng (tengah) mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan oleh Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson mengenai lokasi pembinaan jambatan gantung merentagi sungai Mansiang

“Jawatankuasa sebutharga Pejabat Daerah Kecil Sook dalam proses terakhir untuk memilih kontraktor,”.

“.. Ia tidak memakan masaya yang lama .. mungkin dalam beberapa minggu ini,” katanya kepada The Borneo Digest di lokasi tapak cadangan pembinaan jambatan itu,  pada Khamis.

Flovia berkata apabila siap kelak, jambatan gantung itu akan memberi kemudahan kepada seramai kira-kira 120 orang penduduk yang tinggal di  seberang sungai kampung itu.

Flovia bersama Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson meninjau saluran paip yang menjadi titian penduduk termasuk murid-murid sekolah untuk menyeberang sungai Mansiang

Lintasan aras bawah sungai atau Low Level Crossing yang dibina sebagai akses sebahagian penduduk yang tinggal di seberang sungai itu musnah ketika kawasan itu dilanda bancana banjir awal tahun ini, menyaksikan penduduk meniti kerangka saluran paip untuk pelbagai urusan di bandar.

Kesukaran perhubungan yang begitu lama diselesaikan menjejaskan keselesaan murid-murid ke sekolah pada setiap hari, memberi kesempatan kepada pihak tertentu untuk berkongsi penderitaan melalui aplikasi media sosial.

Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Masyarakat Sabah berkata, kelambatan perlaksanaan projek itu disebabkan proses memperolehi peruntukan yang memakan masa yang agak panjang.

“Kini peruntukan telah kita memperolehi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)  .. perlaksanaan projek akan dilakukan dengan segera,” jelasnya.

Flovia berada kira-kira dua jam di lokasi untuk meninjau kesesuan tapak bersama Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Paul F. Isidore dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid Casmir Silip, turut mengumumkan projek tambahan menaiktaraf jalanraya di kampung itu.

“Selepas berbincang dengan Adun Tulid dan Penolong Pegawai Daerah Sook, kita telah bersetuju untuk membaiki laluan .. menaiktaraf jalanraya sejauh satu kilometer ke kampung ini untuk memberi keselesaan penduduk kampung untuk keluar masuk untuk tujuan perhubungan dan mengangkat barang-barang,”.

“.. Ini pasti kita beri keutamaan,” umum Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson.

Mengenai penularan aksi murid-murid  ketika meniti kerangka saluran paip untuk ke sekolah, Walter berkata, pihaknya sangat bersimpati dan mahu ibubapa supaya memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin.

“Bencana yang berlaku baru-baru ini adalah keadaan yang terpencil .. air bah yang melanda adalah fenomena yang hakikatnya terpaksa kita hadapi yang bukan sahaja melanda di Kg. Mansiang tetapi juga di daerah-daerah yang lain,”.

“Kita mengakui ramai yang terjejas dan kerajaan sebenarnya sedaya upaya untuk meningkatkan kemudahan kepada rakyat,”.

“Di Kg. Mansiang sebenarnya ada jalanraya .. kerajaan bina lintasan aras bawah sungai atau low level crossing merentasi sungai itu .. ketika keadaan biasa air sungai itu cetek .. boleh dilalui pejalan kaki seperti biasa, tetapi ketika banjir sungai itu tidak boleh dilalui seperti hari ini,” katanya.

Walter mahu penduduk kampung supaya bersabar sehingga situasi perhubungan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

 

 

 

 1,579 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.