Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KGNS kembang sayap di keningau

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) — Satu lagi cawangan Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Etnik Kujau, Gana, Nabai Sabah (KGNS) di sini.

Tony (duduk dua dari kiri) bersama Petronella (dua dari kanan) dan Yazid (kanan)

Pengerusinya,  Petronella Munting berkata, cawangan baru itu ialah Keningau.

Katanya, KGNS Keningau adalah cawangan yang ketiga selepas Tenom dan Kota Kinabalu.

KGNS Cawangan Keningau diterajui oleh Tony Munting sebagai Pengerusi Penaja, Manisha Ingkor (Timbalan Pengerusi) PuanFaridah Alex A (Setiausaha), Cik Stefenie Tony (Timbalan Setiausaha) dan Puan Justinah Jangor (Bendahari).

Sementara itu Ahli Jawatankuasa (AJK) dibarisi oleh Pius Gampan, Jinah Ahmad,  Anita Molin,  Vivian Datuk Robert, Unis Mikat, Juinney Abun, Marcilla Musa, Dani @ Johari Richard, John Otob dan Wilson Tambakau.

Petronella dalam ucapannya, meminta semua ahli memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan persatuan ini agar dapat dikenali oleh masyarakat khususnya dikalangan masyarakat Dusun,  Kujau dan Nabai. 

“Kita perlu menambah keahlian dari masa ke semasa “katanya.

Beliau turut mengucapkn tahniah kepada Ahli Jawatankuasa KGNS Cawangan Keningau yang terpilih menerajui cawangan ini. 

Hadir sama dalam mesyuarat penubuhan KGNS Cawangan Keningau itu, Timbalan Pengerusi KGNS Hj.Yazid Mohd Hasnan Tawik. 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.