Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hilmi tinggalkan Upko, sertai PBRS

3
Hilmi (kanan) menunjukkan surat permohonan penubuhan jawatankuasa penaja PBRS Bahagian Sulaman

JENTERA pilihan raya Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Tuaran, lumpuh selepas beberapa ahlinya bertindak meninggalkan parti itu, dengan menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Keadaan itu berlaku selepas Pengerusi Biro Media, Propaganda, Cyber dan Teknikal Jentera Pilihan raya Warisan-UPKO Tuaran, Hilmi Rajin, keluar UPKO untuk menyertai parti gabungan Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Penyertaan Hilmi bersama-sama beberapa rakan diterima Ketua PBRS Bahagian Tuaran, Hendry Luaran.

Hilmi berkata, keputusan itu diambil selepas melihat pentingnya kemajuan serta pembangunan diteruskan di negeri ini, untuk dinikmati penduduk yang masih dahagakan perubahan.

“Menyedari kepentingan itu, saya memutuskan meninggalkan UPKO dan menyertai perjuangan kerajaan menerusi PBRS,” katanya, di Tuaran.

Beliau mengakui bukan asing kembali dalam BN, memandangkan UPKO yang disertainya selama ini adalah bekas parti gabungan itu di Sabah sehingga pilihan raya negeri ke-13 (PRN-13).

Hilmi adalah bekas ahli Pergerakan Komulakan UPKO Tamparuli dari 2016 hingga 2019, dengan jawatan terakhir penolong setiausaha pergerakan itu 2019 hingga 2021.

Beliau turut diberikan tugas khas membantu jentera pilihan raya sebagai ketua propaganda, media dan teknikal menghadapi cabaran PRN-14 bersama Warisan plus.

Sehubungan itu, Hilmi mengucapkan terima kasih kepada pimpinan UPKO, yang banyak membentuk beliau selama ini, sekali gus berlapang dada dengan perjalanan politik baharu. –  Oleh: ABANG JOE

Loading

3 Comments
  1. Romies says

    Teruskan perjuangan sdr

  2. Halmi Bin Rajin says

    Summary Info for Media .(Seperti dipohon JI/BD/BH) Hilmi Rajin

    Pengenalan
    Sy melihat Peri pentingnya Kemajuan & Pembangunan Negeri Sabah.slogan Sabah Maju Jaya merupakan perkara penting dalam Pembangunan .Sy melihat Kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji( Bersatu GRS) perlu disahut& bersama membantu dlm keadaan sekarang.(Covid & pelbagai).Sy menyahut cabaran membantu bersama untuk Pembangunan .

    Memahaminya bukan mudah.
    Harus diingat dulu UPko merupakan komponen BN & bersama2 berjuang dlm politik .Begitu juga sy dlm CLC upko Tamparuli Tuaran.Perjalanan Sy panjang bersama Upko Tuaran ketika Presiden Parti selaku Ketua Bahagian bertungkus lumus menyiapkan Upko Tuaran utk PRN 13(2013) & akhirya Datuk Madius sekali bertanding calun BN Perjuangan bersama bertahun demi bertahun .
    Dalam masa yg sama Pilihanraya ini Datuk Jahid Jahim PBS vs Datu mojilip Bin Bumburing PRN13 menyaksikan kekalahan pbs/BN ketika ini.Namun tetap berjuang bersama Pbs Datuk Jahid Jahim sehingga menang.

    Sy memegang Jawatan Pengerusi Strategik Clc upko Tamparuli khas,selanjutnya PRN 14
    Sy dilantik sebagai ahli CLC termuda ketika Itu ,menjawab Setiausaha Clc upko(SUSCLC) Tamparuli Tuaran (2016-2019) dgn pelbagai Jawatan Parti lain & sekutunya ,terakhir lewat 2019-2021 Sy dilantik Penolong Setiausaha CLC Upko Tamparuli Tuaran turun satu tingkat Jawatan (PSUS)cLC ukpo Tamparuli namun pun demikisn ajk Clc sentiasa melihat Sy Setiausaha penuh CLC sehingga sekarang untuk rujukan parti ) tetapi di beri peranan khas utk Pilihanraya PRN 14 Ketua propaganda ,Media & Teknikal menghadapi cabaran PRN14 bersama Warisan+plus membantu calun PKR

    Pemilihan Sy Kpd PBRS kerana ianya merupakan parti Komponen BN yg berasakan Bumiputera Sabah.

    Sy mengucapkan terima Kasih kepada pimpinan parti upko & berlapang dada dengan perjalanan politik Sy yg baru .Semoga sabah Maju jaya

    Penutup

    Beliau mengucapkan setinggi terima Kasih Kpd Tan Sri Joseph Kurup kerana memberi kepercayaan Kpd Sy menubuhkan penaja Pbrs Sulaman Tuaran N12

    1. Borneo Digest says

      Teruskan perjuangan Saudara.

Leave A Reply

Your email address will not be published.