AKTIVITI yang dilakukan etnik Murut selepas mengatam padi

Angunu (pijak pakai kaki memisahkan buah padi dari tangkai) ampaliaf (menampi padi) aningala (mengoreng padi dalam periuk, jumlah padi yang digoreng mengikut keperluan) antutu (menumbuk padi mengunakan lesung kayu “tutuan” yang dibuat sendiri.
Ketika kaum wanita teribat menyediakan makanan, kalawon (pahlawan) kaum itu bergerak dengan missi berburu.
Kalawon adalah gelaran kaum itu yang dihormati dan disegani dan memiliki ciri-ciri luar biasa seperti mempunyai kepandaian dalam sensi mempertahankan diri, kebijaksanaan dan kesaktian (mampu berhubung dengan dunia halus)

Peralatan yang digunakan ketika berburu pada lazimnya sumpitan atau sapuk (alat berburu tradisional), parang khas dikenali sebagai hayang yang diikat dengan rambut.
Sebatang damak yang siap dicelup dengan racun (getah) daripada pokok palih atau getah daripada sejenis kayu yang dikenali dikalangan kaum itu sebagai bina.
Uniknya etnik ini kerana mereka memiliki peralatan senjata tersendiri untuk meneruskan keterusan hidup berpindah randah pada suatu ketika dahulu.
Hari ini khususnya di kawasan pedalaman Sabah seperti pensiangan, Sepulut, Nabawan dan Tenom, Murut sebaris dengan etnik-etnik lain dalam kolompok KadazanDusun dan Murut (KDM) yang berada jauh dalam buruan mencapai kemajuan. Tahniah diucapkan kepada etnik Murut. — Oleh: EKOK AMIN
2,686 total views, 1 views today