DUNIA mengenali etnik Murut yang merupakan kaum ketiga terbesar atau mewakili 2.9 peratus daripada 3.91 juta jumlah penduduk Sabah.
Dikenali dengan bangsa yang kaya dengan budayanya, Murut sehingga kini masih bersatu dan teguh mengendong budaya mereka ditengah-tengah ledakan globalisasi.
Kaum ini tidak seperti yang lain, cintanya kepada bangsa dan budaya masih kukuh hatta bertutur bahasa ibunda sekalipun sebahagian besar berpendidikan tinggi.
Kajian mendapati terdapat 15 jenis bahasa dan 21 dialek asal Murut yang sehingga kini masih dituturkan di merata kepulauan Borneo Utara.
Apa rashia kaum ini? Tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan (SK) Salarom ada butirannya.
Penolong Kanan (PK) sekolah itu Ronny Yusman memberitahu, program penerapan itu digarap untuk menyemai sikap menghargai kepelbagaian budaya dikalangan murid-murid di peringkat sekolah rendah.
“Ia juga diadakan untuk menyemai perasaan cinta akan bahasa dan budaya ibunda dikalangan pelajar,” katanya.
Menurutnya program penerapan itu adalah pengisian sambutan Perayaan Pesta Menuai 2021, yang dipersembahkan patuh Standard Operating Procedure (SOP) sepanjang pandemic Covid-19.
Tiga aktiviti dipersembahkan sepanjang program itu meliputi pertandingan Sugandoi, Unduk Ngadau dan Kalawon yang dikendalikan bersama seramai tiga orang penyelaras dikalangan tenaga pegajar terdiri daripada Firdaus Baharudin, Josphat Cyprian Maritus dan Iman Qaisarah. – Oleh: EKOK AMIN