Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hotel mewah di menara tertinggi Vietnam kini dibuka

0

HANOI: Sebuah hotel mewah yang dibina di bangunan pencakar langit tertinggi di Vietnam, kini mula dibuka kepada pengunjung.

Memetik laporan CNN, Vinpearl Landmark 81, Autograph Collection terletak di dalam menara tertinggi negara itu, Landmark 81 di bandar Ho Chi Minh.

Landmark 81 mempunyai ketinggian 461 meter yang menghadap Sungai Saigon di bahagian timur bandar terbesar di Vietnam.

Malah, bangunan 81 tingkat itu berlatarbelakangkan langit bandar Ho Chi Minh turut menjadi tarikan ramai.

Dilaporkan, hotel itu mempunyai sebanyak 223 bilik dan suite yang dibina di seluruh hartanah berkenaan.

“Bilik paling mewah merupakan jenis penthouse suite terletak di tingkat 68 yang disifatkan oleh pengurusan hotel sebagai suite presiden paling besar dan tertinggi di Vietnam,” jelas laporan itu.

Menurut laporan, bilik suite berkeluasan 488 meter persegi itu dilengkapi dengan dua bilik mandi, ruang tidur yang boleh menempatkan lima orang serta seorang tukang masak peribadi atas permintaan.

“Setiap bilik tidak terhad kepada suite, mempunyai tingkap kaca besar dari lantai ke siling bagi memberi pemandangan persekitaran menakjubkan kepada pengunjung,” jelas laporan itu.

Hotel itu menduduki 34 tingkat daripada bangunan pencakar langit berkenaan.

“Selebihnya, Landmark 81 merupakan gabungan bangunan kediaman persendirian dan tarikan awam,” jelas laporan.

 

 590 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.