Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ibu tiga anak maut terminum racun ikan

0

SEORANG ibu yang mempunyai tiga anak maut selepas terminum air mineral yang dicampur dengan racun ikan dalam satu kejadian di Juwiring, Klaten, Jawa Tengah.

Wanita itu yang dikenali sebagai Hani Dwi Susanti, 31, dilaporkan meninggal dunia serta-merta selepas terminum racun tersebut, baru-baru ini.

Menurut polis, racun itu sebenarnya ditujukan kepada suami Hani, Sigit Nughoro, 39, yang didakwa sering menaiki motosikal dengan isteri suspek.

Jurucakap polis, Eko Prasetyo berkata, suspek yang dikenali sebagai Sarbini sudah lama ‘sakit hati’ dengan Sigit yang didakwanya sering menghampiri isterinya.

“Suspek juga memberitahu dia pernah diugut bunuh oleh Sigit, menyebabkan dia menyimpan dendam terhadap lelaki tersebut.

“Suspek menceritakan, selepas dia membeli racun ikan, dia menyelinap masuk ke rumah Sigit dan mencampurkan racun itu ke dalam tiga botol air mineral serta meletakkannya di peti sejuk dan bekas susu tepung.

“Sehari selepas itu, mangsa dan suaminya minum air mineral yang sudah dicampur racun, menyaksikan dia meninggal dunia serta-merta, manakala Sigit mengalami kekejangan,” kata Eko.

Sehubungan itu, polis melakukan siasatan dan menahan Sarbini sebelum dia mengaku bertanggungjawab meletakkan racun dengan niat untuk membunuh Sigit.

Jika disabit kesalahan, Sarbini boleh dipenjara seumur hidup atau 20 tahun.

 

 167 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.