Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Isteri maafkan suami sebabkan kematian anak kembar mati

0

SEORANG wanita akhirnya memaafkan suaminya selepas lelaki itu secara tidak sengaja ‘terbunuh’ anak kembar mereka berusia setahun, dua tahun lalu.

Dalam kejadian yang menyayat hati pada Julai 2019, Juan Rodriguez terlupa menghantar anaknya, Luna dan Phoenix ke pusat penjagaan sebelum pergi bekerja di Hospital di Bronx.

Mangsa terperangkap di bahagian tempat duduk belakang kereta dalam cuaca panas seharian sehingga bapanya menyedari perkara itu selepas habis bekerja.

Lelaki itu mendapati anak kembarnya maut dengan ‘mulut mereka berbuih’.

Ibu mangsa, Marissa Quattrone Rodriguez berkata, pagi sebelum kejadian itu berlaku, dia sempat membawa mereka ke pantai buat pertama kali.

Katanya, walaupun detik menggembirakan itu merupakan kenangan kali terakhir dirinya bersama anak-anak, dia tidak pernah menyalahkan suaminya atas kejadian malang tersebut.

“Saya sedar kami bersedih dengan cara yang berbeza. Saya suka melihat gambar detik bahagia, sedangkan dia tidak begitu.

“Namun, kami berdua bersetuju untuk mengingati kenangan yang menggembirakan dan cuba mengelakkan teringat mengenai kehilangan mereka,” katanya.

Juan berjaya mengelak dipenjara selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membahayakan kerana bertindak secara melulu.

Hakim mengklasifikasikan kes tersebut sebagai insiden tragis dan malang.

 

 822 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.