Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lima lagi calon langsung BN Sarawak diumumkan

0

KUCHING (Sarawak, Malaysia): Lima lagi calon langsung Barisan Nasional (BN) diumumkan hari ini, menjadikan jumlah calon parti gabungan itu seramai 74 calon.adenan satem

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberitahu, empat daripada calon-calon itu daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti cerpihan SUPP mesra BN sementara seorang lagi merupakan mantan ahli SPDP.

Presiden UPP Datuk Seri Wong Soon Koh mendahului senerai yang akan mempertahankan kerusi Bawang Assan, beliau merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti dan Menteri Kewangan Kedua.

Datuk Tiong Thai King bagi kerusi Dudong yang kini penyandangnya Yap Hoi Liong daripada DAP. Tiong merupakan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu.

Ranum Mina akan mempertahankan kerusi Opar, sementara seorang muka baru, Datuk Hii King Chiong seorang ahli perniagaan dipilih untuk bertanding bagi kerusi Pujut, yang kini diwakili oleh anggota Bebas, Fong Pau Teck yang juga bekas ahli DAP.

Seorang lagi calon langsung BN yang diumumkan ialah bekas anggota SPDP, Datuk Pau Chiong Ung bagi kerusi Tanjung Batu yang kini penyandangnya ialah daripada anggota DAP.    Adenan yang bercakap kepada media di pejabatnya memberitahu, kesemua calon-calon langsung BN itu, bebas menyertai mana-mana parti kompenan BN selepas menang di kawasan masing-masing.

“Mereka mematuhi perlembagaan BN dari segi undang-undang dan teknikal …lagi pun mereka semua akan menjadi calon BN … paling penting di sini ialah mereka perlu setia kepada BN,” katanya.

Ketua Menteri itu berkata, calon bagi kerusi Pelawan dan Meradong akan dimuktamadkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

“Ada beberapa perkara yang perlu kami bincangkan dahulu sebelum mencapai konsensus,” katanya serta menambah bahawa SUPP dan UPP menuntut kerusi berkenaan.

Beliau berkata, calon daripada SPDP dan parti cerpihannya – Prti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), juga akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon.    “Kini, setelah kita selesaikan (perkara) berkaitan sebahagian besar calon, saya berharap kita akan berhenti daripada menghala meriam kepada satu sama lain, melainkan kepada pembangkang.    “Saya berharap tiada lagi pertikaian dalaman. Semua senjata kita kini perlu dihalakan kepada pembangkang sahaja,” katanya.

Menurut penganalisa politik, Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah besar untuk kembali berkuasa.

“Adenan seorang CEO politik Sarawak yang sangat bijak dan diterima sepenuhnya oleh seluruh lapisan rakyat negeri itu termasuk pembangkang,” jelas dapatan sekumpulan penganalisa politik di sini. – Oleh: DG HENRY

 681 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.