Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jangan pandang rendah kualiti Atalanta

0

MANCHESTER United diingatkan untuk tidak mendang rendah cabaran Atalata dalam saingan Liga Juara-Juara kata pemain sayap The Red Devils, Amad Diallo.

United terdesak untuk meraih kemenangan dalam pertemuan itu selepas mereka bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Eropah dengan Ole Gunnar Solskjaer berdepan pelbagai tekanan.

Diallo  dijangka tidak beraksi ketika menetang Atalanta dengan United berharap dapat memintas lawannya untuk kedudukan teratas Kumpulan F.

“Pertama sekali jangan memandang rendah kualiti Atalanta kerana itu kesilapan paling besar.

“Mereka ada jurulatih yang hebat dan peminat yang hebat.

“Mereka mampu memberi tekanan dan menyukarkan lawan.

“Walau tidak memegang bola, mereka akan sentiasa berlari, kalau terlepas bola memang akan menjadi masalah,” kata bekas pemain Atalanta itu.-AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.