Oleh EKOK AMIN
REMBATAN kencang Dendy Iowa dari luar kotak penalti pada minit ke 32 separuh masa pertama, melebur semangat Aprisma Fc untuk menguasai Kompleks Sukan Keningau yang disaksikan kira-kira 2500 penonton pada Ahad.
Tewas 3 – 0 dengan MDF Fc, sekali gus takhta bola sepak Keningau Premier League 2022 suku akhir tahun ini bukan milik Aprisma Fc.
Sepak bola pada minit awal separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempersembahkan aksi sangat menarik, namun rezeki tidak menyebelahi Aprisma Fc selepas pemain pertahanannya berjaya dilalaikan oleh attacker MDK Fc di luar kotak panelti.
Gol pendulu itu punca semangat Aprisma Fc merundum, menyaksikan beberapa ketika berlaku ketidak fahaman diantara mereka.
Sliding tackle dan assist tidak menjadi, memberi ruang kepada MDK Fc menjaringkan gol kedua pada minit 75 melalui Frankey Ayoh separuh masa kedua.
Buruan MDK Fc tidak terhenti di situ, minit ke 88 Oliver Junie mengesahkan kemenangan total 3 – 0.
“Pertembungan kali ini satu babak yang sangat menarik dan menghibur,” begitu reaksi peminat bola sepak yang ditemui dan menambah kualiti pemain bola sepak di pedalaman semakin meningkat.
Setiausaha penganjur, Yuzaimi Abdullah ketika ditemui memberitahu perlawanan akhir kejohanan itu akan dilangsungkan pada 13 Ogos ini di stadium komplex keningau.