Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jokowi terima kunjungan Megawati di Istana Negara

0

JAKARTA: Pengerusi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Megawati Soekarnoputri dilaporkan melawat Presiden, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Negara di Jakarta dan mengadakan pertemuan lebih tiga jam kelmarin.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PDIP, Hasto Kristiyanto yang mengiringi Megawati dalam pertemuan itu.

“Selepas bertemu di Istana Batu Tulis Bogor sebelum ini, pertemuan kali ini diadakan di Istana Merdeka, Jakarta. Pertemuan kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu nasional termasuk membina persefahaman terhadap hala tuju masa depan serta pelbagai agenda strategik lain.

“Turut dibincangkan isu berkaitan dasar luar dalam menghadapi pelbagai cabaran geopolitik, menggalakkan penguasaan sains, penyelidikan dan inovasi serta merealisasikan kedaulatan makanan sebagai cara Indonesia berdikari,” kata Hasto kepada Detik.com.

Hasto berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang sangat akrab sebelum diakhiri dengan jamuan makan bersama.

“Jokowi mempromosikan sayur lodeh sebagai kegemaran Presiden Pertama Indonesia, Sukarno, nasi goreng makanan laut, sup ayam kampung, dan tentunya keropok Solo,” katanya.

Hasto berkata, Megawati turut membincangkan mengenai  Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 serta berkongsi aspirasi tentang Sukarno ketika tinggal di Istana Merdeka kepada Jokowi.

“Dua jam pertama, satu perjumpaan khas diadakan di tempat yang penuh dengan kenangan Megawati semasa beliau dan Bung Karno tinggal di istana.

“Megawati malah menunjukkan pelbagai perkara yang tidak pernah diceritakan kepada Jokowi dan menyampaikan idea, pemikiran, gagasan dan cita-cita Bung Karno untuk Indonesia dan dunia.

“Di akhir pertemuan, diadakan jamuan makan bersama. Dalam mesyuarat itu tentunya pelbagai perkara penting berkaitan pelaksanaan Pemilu 2024 dibincangkan,” jelasnya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.