Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kabinet baharu Najib diluluskan Parlimen

0

AHLI  Parlimen Lubnan meluluskan pembentukan Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Najib Mikati selepas lapan jam dibahaskan di Parlimen.

Dalam sidang itu, 85 ahli Parlimen menyatakan sokongan dengan barisan Kabinet tersebut manakala 15 yang lain memilih untuk tidak menyokong.

Terdahulu Associated Press melaporkan, sesi Parlimen terganggu selama 40 minit selepas berlaku gangguan elektrik.

Insiden itu mendapat perhatian warga internet yang ‘mengejek’ insiden gangguan elektrik itu sebagai petunjuk kepada barisan kepimpinan negara mengenai apa yang dilalui rakyat ketika ini.

Penduduk Lubnan hidup dalam keadaan kekurangan bahan bakar dan sering berdepan gangguan elektrik, ubat-ubatan dan krisis ekonomi.

Krisis ekonomi yang berlaku sejak 2019 digambarkan Bank Dunia sebagai terburuk di dunia.

 

 210 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.