KOTA KINABALU (Sabah, Mlaysia) – Kakitangan Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) di negeri ini disaran supaya peka dengan perkembangan semasa khususnya tuntutan globalisasi yang menghendaki setiap manusia sentiasa bersaing untuk menimba ilmu.
Ketika memberi saranan itu, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, pada era dunia tanpa sempedan kepentingan ilmu sangat penting khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perubatan.
“Anda (kakitangan JTMP) perlu meletakkan pengetahuan itu seiring dengan perubahan teknologi terkini dalam usaha mengoptimumkan fungsi jabatan khususya mengenai diagnostik dan transformasi penjagaan kesihatan,”
“Gerak kerja kita juga perlu berubah sesuai dengan perkembangan semasa .. kecekapan dan ilmu sangat penting pada ketika ini,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen Tahunan Borneo Medical Laborotry Technology kali ke- 5 di sini, lewat pada Ahad.
Teks ucapan Dr. Christina disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Sabah Dr. Chin Kuei Yei.
Majlis yang dihadiri seramai 160 orang Juruteknologi Makmal Perubatan di seluruh negara, termasuk sektor swasta, ahli akademik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pelbagai acara diadakan sepanjang konvensyen itu yang antaranya ceramah berkaitan teknologi diagnostik makmal perubatan terkini, pembentangan kajian program, pertandingan kajian saintifik serta meraikan pesara jabatan itu.
Asgini Jelfry diumumkan sebagai pemenang kajian saintifik bagi tahun 2019.
Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Pengarah Hospital Queen Elizaberth II Dr. Razak Tambi, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Dr. Jiloris Dony, Ketua Perkhidmatan Patologi Perubatan Sabah Dr. Ahmad Toha Samsudin serta pegawai-pegawai kanan jabatan itu.
Dr. Christina berharap supaya jabatan itu sentiasa berusaha gigih untuk membuat kajian bersifat global khususnya dalam bidang perubatan.
Sementara itu Presiden Persatuan Juruteknoogi Malaysia bagi Wilayah Sabah Bandaman Benjamin Yanggau memberitahu, konvensyen itu dianjurkan bersama dengan Jabatan Kesihatan Sabah yang bertujuan untuk menjadikan cabaran perubatan teknoogi masakini sebagai peluang untuk memajukan profesion Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).
“Kita di jabatan ini (JTMP) telah melakukan sumbangan yang besar bagi menyelamatkan nyawa manusia .. justeru pegetahuan serta ilmu kita perlu dikemaskini,”
“..Di sini lah (konvensyen) wadah bagi kita untuk menimba ilmu yang diperlukan,” katanya.