Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pendidik wajib buat penyelidikan – KP Pelajaran

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) –Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr. Amin Senin berkata, warga pendidik perlu meletakkan kerja penyelidikan sebagai agenda penting dalam usaha untuk memertabatkan sistem pendidikan di negara ini.

Timbalan Pengarah IPGK Keningau Jais Siarus melakukan simbolik perasmian Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Sabah.

Katanya, penyelidikan merupakan tunjang kepada pembangunan dan perkembangan tamadun manusia, justeru eksplorasi hasil kajian mampu untuk menyerlahkan realiti sesuatu situasi dalam penyelesaian isu pelbagai.

“Sebagai warga pendidik, guru perlu berani menyelidik dan menghasilkan sesuatu yang baharu dan bermenafaat untuk mengatasi sebarang masalah,”

“Jangan takut untuk berubah, kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik akan tetapi pastinya akan memperolehi sesuatu yang lebih baik untuk masa depan negara,” katanya ketika berucap diperasmian penutupan Seminar Penyelidikan Zon Sabah 2019 (SPeZS 2019 )di sini pada Khamis (3 Okt 2019).

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Jais Siarus membacakan teks ucapan Amin.

Seminar bertaraf negeri yang bermula pada 2 Oktober dan berakhir hari ini itu membentangkan 31 kertas kerja penyelidikan daripada seramai 43 pembentang dan dihadiri seramai 200 peserta dikalangan pendidik di seluruh negeri.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Dr. Rosmawati Hamzah, Pengarah IPGK Gaya Geturude Jock, Timbalan Pengarah IPGK Ken Doti Asing, Timbalan Pengarah IPGK Keningau Jais Siarus serta pensyarah-pensyarah kanan kesemua Institut Pendidikan Guru di seluruh Sabah.

Amin berkata bahawa keperluan memperkasakan penyelidikan khususnya dalam kajian berasaskan pendidikan alaf baharu semakin ketara bagi menyahut pelbagai cabaran masa kini.

Katanya, isu-isu pembangunan negara berkait rapat dengan pembangunan modal insan yang perlu dititik beratkan untuk persiapan keperluan generasi muda sebagai wajah negara dimasa hadapan.

“Negara ini (Malaysia) tidak terkecuali dari menghadapi gelombang perubahan persekitaran semasa yang pelbagai dan kompleks kesan perlaksanaan globalisasi, liberalisasi ekonomi serta perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,”

“Perubahan tersebut yang disertai oleh evolusi pendidik negara, iaitu sistem pendidikan terbuka serta perasana pelajaran yang semakin lebar, dan impaknya mewarnai lanskap pemikiran rakyat sehingga membenihkan nilai dan budaya baharu,” katanya.

Kataya perubahan itu secara langsung memberi cabaran baharu kepada warga pendidik khususnya pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berperanan mendidik guru-guru permulaan sebelum terjun kepda dunia sistem pendidikan negara.

Amin berkata, salah satu daripada cabaran dominan yang dimaksudkan ialah warga guru berdepan dengan peningkatan ekspektasi dan harapan rakyat yang semakin menggunung tinggi.

“Justeru itu saya mahu guru untuk menghasilkan sesuatu inovasi khasnya yang berkaitan dengan pendidikan dan ia boleh dilakukan melalui kerja penyelidikan,” katanya.

Amin juga mahu warga pendidik di negara ini supaya melakukan anjakan pemikiran yang berorentasikan pembangunan produk bagi menghasilkan model-model berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.