Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wartawan bukan peminta-minta

0

WARTAWAN mati ketika bertugas menigkat (Agensi, Rabu Disember 2018 – Washington), 60 peratus petugas media maut ketika bertugas (Agensi, Rabu 24 Disember 2014 – New York), 3 Wartawan dibunuh dalam masa 9 hari (Agensi, 2 September 2015 – Manila)

Tajuk-tajuk berita di atas mengambarkan betapa Wartawan terdedah dengan risiko pembunuhan, pada ketika golongan itu diperlukan oleh seluruh manusia di dunia.

Menurut Wikipedia, Wartawan merupakan satu kerjaya dalam industri media massa, yang merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, tren dan isu-isu yang relevan. Wartawan juga termasuk pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain-lain.

Perkataan “warta” bermaksud “dihebahkan” dan “wan” membawa maksud “ahli”, sementara menurut Wikipedia Indonesia didifinasikan seperti berikut;

Jurnalis atau wartawan adalah profesi atau penamaan seseorang yang pekerjaannya berhubungan dengan isi media massa. Jurnalis meliputi juga kolumnis, penulis lepas, fotografer, dan desain grafis editorial. Akan tetapi pada kenyataan referensi penggunaannya, istilah jurnalis lebih mengacu pada definisi wartawan.

Sementara itu wartawan, dalam pendefinisian Persatuan Wartawan Indonesia, hubungannya dengan kegiatan tulis menulis yang di antaranya mencari data (riset, liputan, verifikasi) untuk melengkapi laporannya. – (Wikipedia Bahasa Indonesia).

Karya Wartawan diistilahkan seperti ungkapan berikut, ‘Mata pena lebih tajam dari mata pedang’, Wartawan boleh menjadikan seorang rakyat biasa kepada seorang menteri, wartawan mampu menyumbatkan seorang menteri ke penjara dan seoraang wartawan merupakan gedung ilmu yang menjadi rujukan kepada pelbagai darjat manusia.

Hiasan

Tidak ada seorang pun wartawan direkodkan bertaraf jutawan, kecuali mereka yang berhenti sebagai wartawan dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tetapi direkodkan kewujudan wartawan kambing hitam yang memiliki kemewahan hasil daripada kerja-kerja upahan.

Orang Wartawan statusnya cukup makan atau miskin gaban? Masih terdapat wartawan yang menerima upah dibawah RM1000 di Malaysia, tetapi di Sabah upah RM300 sebulan yang ditawarkan masih menjadi rebutan. Kenapa? Kerana kerjaya wartawan itu sesuatu yang sangat menarik, menyoronokkan kerana wartawan dibariskan sebagai ‘golongan profesional’, sama seperti peguam, doktor dan pendidik.

Pengalaman selama lebih 39 tahun dalam kerjaya sebagai seorang wartawan mengingatkan pelbagai kisah ‘pro dan kontra’ – menitiskan air mata lebih banyak masa berbanding ketawa.

Lapan Ketua Menteri Sabah dan empat Perdana Menteri Malaysia, mengajar kita pelbagai veriasi politik negeri dan negara.

Bermula dengan typewriter dan kamera filem 110, 120, 135, berita yang ditaip dan gambar yang telah di proses (cuci) dihantar menggunakan teksi atau bas, kemudian beralih kepada penghantaran mesin faxmili, telex kandungan akhbar diproses diatas dummi sebelum difilemkan sebelum dicetak.

Sepanjang tempoh tradisional – analog kepada digital, perkembangan persuratkhabaran dan dunia kewartawanan di Malaysia meniti sejarah pahit dan manis, namun sepanjang tempoh itu (39 tahun) gaji wartawan tidak pernah dikaji semula kecuali pekerja media agensi kerajaan.

Hari ini penyampaian maklumat melalui media sosial lebih pantas menjadikan tugas seorang wartawan lebih sukar, apabila wartawan yang tidak bertauliah lebih lantang bersuara berbanding wartawan yang sebenar apabila berlaku sesuatu isu – (Utusan Online – 12 Oktober 2015).

Hampir separuh atau lebih daripada 7.7 billion penduduk dunia menjadi wartawan ‘lantik diri’, menyaksikan era komunikasi di hujung jari memberi cabaran yang sangat hebat kepada wartawan sebenar. Masyarakat lebih terpengaruh maklumat-maklumat yang diterbitkan melalui media sosial berbanding akhbar, tetapi kepercayaan total mereka terhadap wartawan bertauliah tidak pudar.

Masyarakat dunia masih meletakkan wartawan bertauliah sebagai harapan terakhir untuk setiap masalah yang mereka hadapi.

“Mereka menelefon, menghantar surat jemputan serta menjemput wartawan sehingga di pintu rumah untuk meminta bantuan .. begini lah hebatnya seorang wartawan,” Dedah seorang sahabat wartawan.

Begitu pun di Sabah masih terdapat syarikat akhbar yang mengaji seorang wartawan daerah berdasarkan kiraan Asas dengan potongan akhbar, contohnya; Gaji Asas RM300 + Nilai Potongan Akhbar, menyaksikan pendapatan bulanan seorang wartawan daerah itu disekitar RM500 – RM700 sebulan yang meletakkan status wartawan tersebut sebagai seorang miskin tegar.

Sangat sedih apabila mengimbas pengalaman membuat liputan di sebuah lokasi berkilometer lokasinya, tetapi akhirnya pulang berhaus dan berlapar.

“Tidak diberi tempat duduk ketika menjalankan tugas .. tambang, makan dan minum ditanggung sendiri, hatta ucapan terima kasih jauh sekali,”

“Wartawan bukan peminta-minta,wartawan bukan pengadu domba. Fikir sendiri,”. (IKUTI SAMBUNGAN EDISI MINGGU DEPAN).

 696 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.