KENINGAU (Sabah, Malaysia): Kanser payudara masih menjadi ancaman kepada kaum wanita di negeri Sabah khususnya penduduk luar bandar, kata Ketua Kumpulan Kinabalu Pink Ribbon Zon Keningau Yvonne Dumpangol.
Katanya, statistik yang diprolehi daripada Hospital Queen Elizaberth Kota Kinabalu menunjukkan penigkatan berkala penyakit itu sejak tahun 2012 hingga September 2018 memperlihatkan satu amaran bahaya kepada kaum wanita di negeri itu.
“Pihak berkuasa kesihatan merekodkan sebanyak 99 kes pada tahun 2012, 178 kes pada tahun 2016 dan 153 pada sehingga bulan September 2018,”
“Ini adalah statistik turun dan naik kes yang menakutkan kaum wanita,” Katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Keningau Kinabalu Pink Ribbon Support Group d sini, hari ini.
Yvonne dipilih untuk mengetuai kumpulan sokongan persatuan itu bagi Zon Keningau yang melibatkan daerah-daerah seperti Tambunan, Tenom, Nabawan dan daerah-daerah kecil di sekitaran pedalaman.
Majlis pelancaran itu disempurnkan oleh Pegawai Daerah Keningau Hassan Mahali yang turut dihadiri oleh Presiden Kinabalu Pink Ribbon Nancy Tham, Pengerusi Puspanita Cawangan Keningau Prof. Dr. Kathy Khadizah Osman, Pengarah Hospital Keningau Dr. Loly Mealony Geoffrey serta ketua-ketua jabatan persekutau dan negeri.
Yvonne yang merupakan bekas pesakit kanser tahap dua pada Januari 2018 berkata, statistik menunjukkan tiga jenis kanser tertinggi wanita yang direkodkan iaitu kanser payudara sebanyak 32.1 peratus, kanser kolorectal 10.7 peratus dan diikuti kanser servik 7.7 peratus.
“Rekod ini menunjukkan kanser payudara sangat menakutkan dan ancaman besar kepada kaum wanita di negeri ini,” Katanya.
Yvonne berkata penyakit itu amat sukar dikesan pada usia muda sebaliknya berlaku kepada wanita berusia 25 hingga 93 tahun.
Mengenai pelancaran kumpulan sokongan itu bagi Zon Keningau, Yvonne berkata fungsinya tertumpu kepada sokongan emosi dan psikologi kepada pesakit serta keluarga mereka.
“Kita juga terlibat secara langsung mendidik kepada pesakit supaya ia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik semasa dan selepas sembuh,”
“Dan pastinya kami berusaha untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat khususnya kaum wanita betapa pentingnya langkah awal dilakukan .. slogan kami ialah pengesanan awal menyelamatkan nyawa wanita,” katanya.