Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kesederan kanser wanita pedalaman lemah – Hassan

0

KENINGAU (Keningau, Sabah): Pegawai Daerah Keningau Hassan Mahali berkata, sebahagian besar pesakit kanser payudara dikawasan pedalaman hanya berpeluang mendapat rawatan pada ketika penyakit mereka ditahap kritikal (Tahap tiga dan empat).

Katanya, ia berpunca disebabkan pengetahuan mereka (kaum wanita) mengenai penyakit itu terlau rendah serta mengambil ringan mengenai bahaya penyakit itu.

“Faktor-faktor lain seperti akses perhubungan diantara daerah-daerah pedalaman dengan pusat perkhidmatan mammogram yang hanya terdapat di Kota Kinabalu menjadi penyumbang besar,”

“..Dan apa yang berlaku di sini {Wanita luar bandar) terdedah kepada situasi yang sangat bahaya,” Katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Keningau Kinabalu Pink Ribbon Support Group di sini, hari ini.

Teks ucapan Hassan disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Keningau Yusof Awang Ali.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Hospital Keningau Dr. Loly Mealony Geoffrey, Pengerusi Puspanita Cawangan Keningau Prof. Dr. Kathy Khadizah Osman, Presiden Kinabalu Pink Tibbon Nancy Tham serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Aktivis Yvonne Dumpangol diistiharkan sebagai peneraju persatuan itu bagi zon pedalaman yang meliputi daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.

Hassan menyarankan golongan wanita di daerah itu supaya bersikap proaktif dengan meletakkan penjagaan kesihatan sebagai agenda utama.

“Penyakit ini (kanser payudara) tidak mengenal umur dan siapa anda,” Katanya.

Beliau optimis bahawa peluang pesakit kanser payudara untuk sembuh sangat tinggi jika mendapat rawatan lebih awal.

Mengenai pengembangan perkhidmatan persatuan itu, Hassan berkata ia merupakan inisiatif terpuji yang perlu dicontohi sekaligus memberi harapan baharu kepada kaum wanita di daerah itu.

“Apa yang semua kita ketahui ialah  kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu kaum wanita di negara ini,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.