KENINGAU (Sabah, Maaysia) — Kontinjen Kota Kinabalu mendahulu pungutan pingat Sukan Sabah (SAGA) Ke-9 untuk hari kedua, dengan 3 emas, 4 perak dan 3 gangsa, diikuti oleh Kota Marudu dengan 2 emas.
Juara SAGA 2017 di Sadakan – Keningau menduduki tempat ketiga dengan pungutan 2 emas.

Putatan dan Tawau berkongsi kutipan pingan, 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa masing-masing ditangga keempat dan lima.
Tenom berpuas hati pada hari kedua dengan kutipan pingat 1 emas dan 1 gangsa ditangga keenam, Beaufort 1 perak dan 2 gangsa di tempat ketujuh, Ranau ditangga kelapan, 1 perak dan 1 gangsa.
Tambunan 1 perak ditangga ke sembilan, semantara Penampang 1 perak dan Tuaran, Sandakan dan Kinabatangan masing-masing 1 gangsa.
Sehingga berita ini ditulis, Kontinjen-kontinjen lain masih belum memperolehi sebarang pungutan pingat.
![]()