Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Keganasan terhadap wartawan alam sekitar meningkat – UNESCO

0

UNESCOANTIAGO: Wartawan alam sekitar menghadapi peningkatan keganasan di seluruh dunia termasuk oleh pihak berkuasa negara, kata Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Menurut pertubuhan dunia itu, 44 wartawan dibunuh antara 2009 dan 2023.

Lebih 70 peratus daripada 905 wartawan yang ditinjau oleh agensi itu di 129 negara berkata mereka diserang, diancam atau ditekan, dan keganasan terhadap mereka semakin serius dengan 305 serangan dilaporkan dalam tempoh lima tahun lalu.

UNESCO menyenaraikan dalam laporannya mengenai serangan fizikal seperti kecederaan, penahanan dan gangguan, serta tindakan undang-undang, antara lainnya tuntutan undang-undang fitnah dan prosiding jenayah.

Sekurang-kurangnya 749 wartawan, kumpulan wartawan dan saluran media diserang di 89 negara, menurut laporan itu dengan sekurang-kurangnya separuh kes membabitkan pelaku daripada agensi kerajaan termasuk polis, tentera, pegawai kerajaan, pihak berkuasa tempatan.

Wartawan terbabit bertanggungjawab mendedahkan pelbagai topik, termasuk protes, perlombongan dan konflik tanah, pembalakan dan penebangan hutan, kejadian cuaca ekstrem, pencemaran dan kerosakan alam sekitar serta industri bahan api fosil.

Lelaki lebih kerap diserang secara umum, manakala wanita lebih kerap menerima serangan secara digital, kata laporan itu.

Daripada 44 wartawan yang dibunuh di 15 negara ketika melaporkan isu alam sekitar, laporan itu berkata hanya lima kes yang mengakibatkan sabitan. Pelaku masih tidak dikenal pasti dalam 19 daripada 44 pembunuhan.

Sekurang-kurangnya 24 wartawan terselamat daripada cubaan membunuh.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.