Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kemalangan Ngeri Jalan Semarak Tawau, Dua Maut Lima Cedera Sekeluarga

0

Oleh: DG HENRY

Pasukan Bomba Tawau memotong bahagian atas kenderaan Toyota Lan Cruser untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit

DUA maut manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Taman Semarak Tawau (Sabah, Malaysia) kira-kira jam 6.46 petang pada Sabtu.

Kemalangan melibatkan kenderaan Toyota Land Cruser, Toyota Vigo dan Proton Saga FLX.

Dua mangsa yang maut bersama lima penumpang yang lain merupakan sekeluarga, sementara tiga orang yang menaiki Toyota Vigo dan seorang pemandu Proton FLX mengalami kecederaan ringan.

Pasukan Bomba mengeluarkan seorang daripada mangsa yang tersepit, sementara mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri PgKB Misran bin Bisara ketika dihubungi memberitahu, pihaknya mengarahkan pasukan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.46 petang pada Sabtu.

 984 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.