Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Banjir besar landa Aceh dan Papua

0

BANJIR besar yang melanda wilayah Jayapura di Papua menyaksikan sekurang-kurangnya enam orang maut.

Menurut Badan Nasional Tindakan Bencana (BNPB), enam penduduk tersebut terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang berlaku di wilayah terbabit.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul MUhari berkata, jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan ketika ini.

“Selain banjir, hujan lebat juga mengakibatkan beberapa kejadian tanah runtuh sehingga meragut nyawa enam orang.

“Kesemua mayat enam orang itu sudah dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Tiga daripadanya sudah dikenal pasti identiti dan akan dituntut keluarga masing-masing,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Selain itu, Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Jayapura merekodkan sebanyak 500 penduduk berpindah ke rumah keluarga terdekat susulan bencana yang berlaku.

Sehingga kini, BPBD masih melakukan proses pemindahan penduduk yang terjejas akibat banjir menggunakan bot penyelamat.

Perkhidmatan Pekerjaan Umum setempat turut mengerahkan penggunaan jentera berat untuk membantu penduduk yang terjejas.

Setakat ini, keadaan banjir semakin surut, namun Jayapura masih dilanda hujan dan bekalan elektrik belum pulih.

Sementara itu, tiga maut dalam insiden banjir di Aceh, selain hampir 32,000 penduduk kehilangan tempat tinggal akibat bencana tersebut.

Hujan lebat yang melanda sejak minggu lepas menyaksikan banjir menenggelamkan beberapa kawasan perumahan di Jambi dan Aceh.

 

 

 

 

 

 509 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.