KES penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis di Indonesia kembali terjadi dengan kali ini artis Naufal Samudra ditangkap oleh polis.
Polis mengesahkan mereka telah menahan Naufal.
Memetik laporan detikcom, Naufal Samudra ditangkap di rumahnya di Ragunan, Jakarta Selatan namun belum dijelaskan apakah barang bukti yang dirampas darinya.
Kekasih Dinda Kirana itu juga dinyatakan bakal dihantar ke pusat pemulihan Cibubur.
Sebelum itu ibu Naufal, Lenny Weichert menegaskan ketika polis melakukan penggeledahan tidak ditemukan sebarang barang bukti berkaitan dadah.
689 total views, 3 views today