Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Keningau cipta sejarah perangi COVID-19

0

eksklusif

WALTER KENSON – Pegawai Daerah Keningau

KENINGAU sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dalam menangani pandemik COVID-19 apabila 80 peratus daripada 90 buah kampung di sini memasang notis larangan orang awam memasuki kampung mereka, dedah Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson (gambar).

Sebulan yang lalu daerah itu melancarkan Hotline Aduan memerangi COVID-19 yang pertama seumpamanya di daerah pedalaman, menurunkan kuasa kepada orang awam untuk melaporkan kegiatan dan aktiviti penduduk yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Katanya, sejarah itu dicapai hasil daripada kesedaran proaktif untuk memerangi rantaian virus itu dan ia adalah dapatan terpuji daripada kerjasama yang erat antara penduduk dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (Covid-19).

“Saya dan kerajaan sangat gembira dengan kerjasama ini dan kesederan ini seharusnya diperkuatkan,”.

“Kita beri kuasa kepaada penduduk untuk mengawal pergerakan orang luar untuk memasuki kampung masing-masing,”.

“Kita juga beri kuasa kepada penduduk untuk sentiasa mematuhi SOP dan melarang penduduk membuat acara beramai-ramai dalam saiz yang besar .. mereka (penduduk) patuhi,” Katanya kepada The Borneo Digest di sini, pada Khamis.

Walter merakamkan ucapan setingg-tinggi tahniah kepada seluruh penduduk khususnya Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Ketua Anak Negeri (KAN), Ketua Kampung dan seluruh pemimpin bawahan yang bekerja keras untuk melaksanakan tugasan untuk memerangi Covid-19 secara habis-habisan.

Menjawab satu soalan, Walter memberitahu Pusat Kawalan  Bencana Daerah untuk memerangi Covid-19 tidak mendapat sebarang laporan mengenai adanya acara-acara besar dilakukan oleh penduduk kampung sepanjang tempoh pelancaran Hotline Aduan dilancarkan.

“Penduduk mematuhi dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk di daerah Keningau,” Tambahnya.

Pegawai Daerah itu meminta penduduk supaya terus berusaha untuk memperkasakan usaha memerangi rantaian virus itu dengan apa juga kaedah yang sesuai. – Oleh: EKOK AMIN DAN ROSANNA EDEZA.

 

 3,738 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.