Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Salur sinovac kepada Sabah – Bung Moktar

0
BUNG MOKTAR RADIN

DATUK Seri Bung Moktar Radin meminta Kerajaan Pusat supaya menyalurkan bantuan Vaksin Sinovac sumbangan dari negara China   kepada Sabah agar program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini dapat dteruskan dan  berjalan dengan lancar

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu perlu diberikan pertimbangan oleh kerajaan pusat  bagi memenuhi keperluan   (PICK) yang sedang berjalan lancar di negeri ini.

“ Kita masih memerlukan vaksin tambahan ekoran kerancakan pemberian vaksin dibawah program (PICK) yang sedang berjalan lancar  di seluruh daerah di negeri   ini, kita perlu bersedia awal agar bekalan Vaksin sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat yang masih ramai belum menerimanya khususnya di kawasan luar bandar” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  media  Menteri Luar Datuk Seri Hishammudin Hussein pada rabu  tentang kesediaan China dan juga Jepun menyumbang vaksin kepada Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut Hishammudin menyatakan hasrat China menyumbang 500,000 ribu  dos vaksin Sinovac-Cornovac kepada rakyat negara ini seperti dimaklumkan Menteri Luar Negara itu Wang Yi  pada rabu.

Selain itu negara Jepun juga melalui  kenyataan Menteri Luar  Motegi Toshimitsu sedia menyumbangkan vaksin keluaran AstraZeneca dikilangkan di Jepun kepada Malaysia.

Menurut Bung sumbangan 500,000 ribu  dos vaksin Sinovac-Coronovac ini Sabah perlu mendapat agihan yang mencukupi  dimana ianya sesuai digunakan untuk pemberian (PICK) khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Bung berkata walaupun pemberian (PICK) berjalan rancak ketika ini, namun tidak dinafikan masih ramai di kalangan penduduk di negeri ini di luar bandar dan kawasan pedalaman belum menerimanya atas faktor komunikasi dan kurang kefahaman tentang kebaikan mengambil vaksin.

“ Melalui jentera kerajaan yang ada termasuk pemimpin peringkat akar umbi seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPKK) perlu digerakan  secara lebih proaktif bagi memberikan penerangan tentang  kebaikan mengambil vaksin disamping  mendaftarkan komuniti setempat sebagai penerima.

Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag itu menyakini program  vaksinasi merupakan satu-satunya  jalan keluar “Exit strategy”  bagi mengawal penularan  wabak COVID-19 di negera ini dan segala sektor terutamanya sektor ekonomi boleh digerakan. – Oleh: ABANG JOE

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.