PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Timbalan Presiden parti itu Datuk Arthur Joseph Kurup berkata keputusan itu membuktikan baginda mengutamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan selari dengan memelihara peranan legislative oversight semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Negara.
“Saya berharap persidangan dewan yang akan datang akan digunakan sepenuhnya untuk membolehkan ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Negara membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan plan pemulihan negara,”
“Ini selaras dengan titah baginda supaya tumpuan perlu diberikan kepada usaha-usaha menangani covid, dan bukannya untuk agenda politik yang boleh mengheret negara ke dalam krisis,” Katanya, dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Arthur memberitahu bahawa beliau menghargai keperihatinan Seri Paduka Baginda terhadap segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sessi menghadap pada 14 Jun 2021 yang lalu.
Arthur yang merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) iberkata, beliau telah menjelaskan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda situasi ekonomi semasa dan kesan pandemik COVID-19 yang dihadapi rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.
Beliau juga menjelaskan, proses vaksinasi yang agak perlahan juga amat membibangkan khususnya bagi kawasan pedalaman Sabah yang kurang akses kepada pembangunan infrastruktur dan komunikasi.
Katanya sehingga 16 Jun 2021 penerima vaksin di seluruh Sabah berjumlah 282,798 orang, manakala bagi Zon Pedalaman Sabah pula adalah sebanyak 25,619 orang.
“Ini menunjukkan kadar vaksinasi hanya 10.25 peratus daripada populasi Sabah dan antara yang terendah,”.
“PBRS juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021,”
Ahli Parlimen Pensiangan itu memberitahu bahawa PBRS mendokong serius seranan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong akan keperluan untuk memastikan kestabilan politik supaya kerajaan dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam menangani covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
![]()