Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Keningau lenggang hari pertama lockdown

0

SUASANA hari pertama Sekatan Pergerakan Penuh pada Selasa di Keningau, Sabah (Malaysia) tenang dan tidak banyak kenderaan berada di jalan raya, selain beberapa lokasi tumpuan pada sebelum ini lenggang.

Pasaraya Gmart yang biasanya sibuk pada hari-hari biasa, namun lenggang pada hari pertama perlaksanaan lockdown

Tinjauan The Borneo Digest mendapati sepanjang jalan IPG Keningau menuju ke bandar Keningau lenggang, sementara sebuah pasaraya Gmart yang pada hari-hari biasa sesak dilihat hanya dikunjungi oleh beberapa orang.

Lokasi-lokasi lain yang turut  sesak dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Bataras, Keningau Plaza dan One Plaza turut sunyi menyaksikan orang ramai akur terhadap pematuhan Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown).

Senerio yang sama berlaku di daerah Tenom, Nabawan dan Tambunan. – Oleh: EKOK AMIN

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.