Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Peniaga gerai Mumbaya terjejas lockdown

0

REALITINYA rata-rata penduduk akur dengan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown), apa yang mereka sifatkan tindakan tepat untuk memerangi pandemic Covid-19 yang sangat berkesan.

“Ini perlu dipatuhi,” Jelas Thomas Amir kepada The Borneo Digest.

Sungguhpun demikian tambahnya, kerajaan negeri perlu mencari kaedah kreatif untuk membantu golongan yang sumber ekonomi mereka terjejas sepanjang perlaksanaan perintah tersebut.

THOMAS AMIR

“Peniaga-peniaga kecil di tepi jalanan seperti yang dilakukan oleh penduduk Kg. Marampong di gerai Mumbaya,”.

“Sumber pendapatan penduduk bergantung sepenuhnya di situ (Gerai Mumbaya,” Katanya.

Seramai 50 orang penduduk yang berasal dari Kg. Marampong berniaga kecil-kecilan di gerai itu untuk keterusan hidup keluarga, yang memperolehi pendapatan diantara RM30 hingga RM50 sehari.

Amir berkata, sebahagian besar peniaga di situ tidak memperolehi pendapatan pada hari pertama perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (Lockdown).

Justeru katanya, Wakil Rakyat di kawasan itu perlu memikirkan sesuatu yang bijak untuk membantu peniaga-peniaga di situ.

Kg. Marampong termasuk dalam lingkungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dalam Parlimen Keningau.

Adun Bingkor, Datuk Robert Tawik sementara Ahli Parlimennya Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. – Oleh: EKOK AMIN.

 1,237 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.