Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerajaan sedang berunding ambil alih jalan balak di Pensiangan — Bobbey

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): — Datuk Bobbey Suan mengesahkan bahawa tiga batang jalanraya utama yang menghubungkan Sepulut – Salong sejauh 36 Km, Simatuoh – Pagalungan 52 Km dan Sepulut – Pensiangan 80 Km telah diseneraikan dalam projek dinaiktaraf.IMG-20160518-WA0030

“Ia senerai keutamaan,” katanya ketika berucap di perasmian pesta kembar – Kalimaran dan Ka’amatan peringkat daerah kecil Pagalungan pada selasa (17 Mei 2016).

Jalanraya asas itu merupakan akses utama kira-kira 10,000 pengungsi pelusuk pedalaman itu sejak sekian lamanya, namun usaha menaiktaraf sukar dilakukan memandangkan ia merupakan milik syarikat pembalakan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berkata, kerajaan menyedari keperluan itu dan pihaknya sedang berusaha melalui pebagai kaedah supaya ketiga-tiga jalanraya itu dapat dinaiktaraf dalam tempoh yang segera.IMG-20160518-WA0034

Ketika ini penduduk menggunakan pengangkutan sungai untuk berurusan dengan pekan Nabawan atau Keningau, dan ianya berlaku sejak sebelum merdeka sehingga kini.

Wakil Rakyat Nabawan itu menaiki bot ketika menghadiri perasmiaan pesta kembar yang beliau rasmikan di Mukim Pagalungan pada selesa lepas.

Bobbey berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melakukan kajian ke atas ketiga-tiga batang jalanraya itu, dalam usaha mengambil alih daripada syarikat pembalakan.

Katanya jika kajian itu berpihak kepada kerajaan, perlaksanaan menaiktaraf akan dilakukan sebagai akses utama kepada rakyat di kawasan itu.

“Lebih banyak prasarana utama seperti kemudahan talian komunikasi, bekalan elektrik serta bekalan air bersih akan disalurkan di kawasan itu,” katanya dan meminta penduduk di kawasan itu supaya bersabar dan sentiasa memberi sokongan kepada pemimpin serta kerajaan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah – Datuk Elron Angin diantara tetamu kehormat perayaan itu, selain dua orang pemimpin dari negara jiran – Datuk Karil Sapadan dan Datuk Anto Bolokot, masing-masing Wakil Rakyat Kecematan Lumbis Ogong dan Kabuten Nunukan Indonesia.

Pegawai Daerah Nabawan – Tuan Fredian Gan serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, dan pemimpin-pemimpin adat tempatan turut menyaksikan perasmian perayaan kembar – Kalimaran dan Ka’amatan yang julung kali diadakan di kawasan terpencil.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri perayaan itu apa yang rata-rata penduduk sifatkan kemariahannya berstatus negeri. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.