Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penguatkuasa hutan Sarawak dilengkapi pump gun

0

MIRI (Sarawak, Malaysia): — Pengarah Jabatan Hutan Sarawak – Sapaun Ahmad memberitahu bahawa pegawainya dibekalkan 50 laras senjata api jenis ‘pump gun’, ketika menjalankan tugas memerangi pembalak haram di negeri itu.19052016 - balak haram-2

“Kita juga menggunakan alat penerbangan kawalan jauh untuk memantau kawasan-kawasan tertentu,” katanya kepada media selepas merasmikan bengkel Pembangunan Hala Tuju Nasional Mengenai Perhutanan Sosial di sini pada selesa lalu (17 Mei 2016).

Selain menggunakan heli drone sebagai alat pengintipan, pegawai jabatan itu turut dibekalkan sebanyak 29 buah kenderaan pacuan empat roda untuk menjalankan tugas rondaan.

Sapuan berkata kerjasama orang awam sangat penting untuk menangani kegiatan pembalakan haram di negeri itu, justeru beliau merayu agar penduduk setempat memberi maklumat kepada pihaknya jika mendapati berlaku aktiviti itu di kawasan masing-masing.

“Bantu kami untuk menangani kegiatan ini,” katanya.

Terdahulu Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Perlindungan dan Penguatuasaan) jabatan itu – Jack Liam mendedahkan, pihaknya merampas 4,259 meter padu kayu balak haram yang bernilai RM276,835 dari Januari hingga 11 Mei 2016 yang lepas.

Katanya, seramai 51 orang telah ditahan dan disoal siasat melibatkan 36 kes pembalakan haram.

Liam berkata hasil tindakan penguatkuasaan secara agresif terhadap kegiatan pembalakan haram oleh jabatan itu, jumlah kayu balak yang dirampas berkurangan secara drastik pada 2014 dan 2015.

Sebagai contoh katanya pada tahun 2014 kira-kira 90,000 meter padu kayu balak dirampas berbanding  47,000 meter padu pada tahun 2015.

“Kita telah Berjaya menurunkan kes pembalakan haram di negeri ini,” katanya. – Oleh: DG HENRY.

 834 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.