Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerja membaiki kerosakan landasan rosak giat dilakukan – Datuk Robert

0
Datuk Robert menaiki Inspecation Trolley (IT) untuk meninjau kerosakan landasan kereta api yang rosak

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robrt Tawik @ Nordin berkata, kerja-kerja kecemasan  pembaikan landasan Kereta Api yang menghubungkan daerah Beaufort dengan Tenom sedang dilakukan.

“Menjangkakan dalam tempoh dua bulan .. kita harap semua berjalan seperti yang dirancang,” Katanya kepada media selepas melakukan tinjauan di beberapa lokasi yang runtuh disebabkan bencana yang melanda daerah pedalaman pada 20 – 23 Mei lalu.

Hujan lebat yang melanda daerah pedalaman beberapa hari di hampir semua tempat di kawasan pedalaman pada Mei menyebabkan landasan kereta api KM 114 Rayoh, KM124 Pangi dan KM130 mengalami kerosakan washout, mudslide dan tebing runtuh.

Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) menyediakan sebuah Imspection Trolley (IT) yang mampu memuatkan seramai 6 hingga 8 orang dalam satu masa untuk menggantikan tren penumpang.

Bersama dalam tinjauan ke lokasi itu pada Jumaat ialah Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Leonard Stephen Poyong, Penolong Pegawai Daerah Tenom Rubert Salimun, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Simon Mamat serta pemimpin-pemimpin setempat.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.