Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Murut Bookan cipta sejarah di Keningau

Usahakan pasar berpusat sayuran kampung

0

eksklusif

LUCY KUDIRONG

KEPERCAYAAN mendalam bahawa bangsa Bookan mampu bersaing dan mencipta sesuatu yang luar biasa pada ketika dunia sedang berentap dengan ledakan globalisasi, sekumpulan tujuh anak beranak etnik Murut minotiti Sabah di Keningau (Sabah, Malaysia) sepakat mengusahakan perniagaan berasaskan sayur-sayuran kampung yang pertama seumpamanya dibangunkan secara berpusat.

Pasar Bookan, itulah nama karamat perniagaan tujuh beranak itu yang terdiri daripada Fatimah Masioh (Ibu), Irene Kudirong (anak sulung), Mailin Kudirong (anak kedua), Lucy Kudirong (anak keempat), Anthonius Kudirong (anak kelima), Herlyn Clara Stimus dan Rina Trice Huahana  (cucu).

RINAH TRICE HUAHANA – berpakaian tenunan sulayau

Lucy Kudirong, 38, yang merupakan jurucakap kumpulan bersaudara itu memberitahu, matlamat utama penubuhan pasar itu ialah sebagai wadah kepada keluarga itu untuk menjalankan perniagan secara berpusat.

“Saya cukup yakin dengan kuasa perpaduan,” Katanya dan mengakui bahawa pada sebelum itu mereka berniaga secara berasingan di lain lokasi dan daerah.

Katanya, situasi itu menghakis secara terpimpin budaya Murut Bookan khususnya bahasa ibunda mereka.

“Anak-anak kami hampir pasti tidak tahu berbahasa Bookan .. jauh sekali mengenali tenunan sulayau (pakaian etnik),” Akuinya dan menambah kekuatan perpaduan keluarga diantara mereka juga semakin lemah.

IRENE KUDIRONG

“Inilah rashia bagaimana Pasar Bookan ini ditubuhkan,” Jelas Lucy kepada The Borneo Digest.

Terletak di Bandar Baharu Keningau, Pasar Bookan ditubuhkan pada 17 Mac 2021, yang disifatkan oleh sebahagian besar usahawan daerah itu sebagai satu permulaan yang baik bagi bangsa minoriti itu bergiat cergas dalam bidang perniagaan.

“Segala-galanya diilhamkan untuk bangsa Bookan selain kemudahan kepada pengemar makanan kampung,” Jelas Lucy, dan mengakui bukan mudah untuk memulakan perniagaan kerana dalam situasi tertentu mereka terpaksa mengikat perut untuk berjimat khususnya ketika negara sedang perperang dengan pandemik Covid-19.

“Kami menyewa sebuah permis dan memulakan perniagaan dengan berbekalkan modal RM500 seorang,” Jelasnya, dan mengakui titik peluh mereka semakin menampakkan hasil yang lumayan.- Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

 3,660 total views,  7 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.