Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sering tangguh temu janji vaksin, Ibu tiga anak maut serangan Covid-19

... Akibat sering tangguh temu janji vaksin

0

SELEPAS beberaoa kali mungkir janji temu janji vaksin, ibu kepada tiga orang anak di Buckinghamshire London meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Danni Coombs meninggal dunia di hospital di Buckinghamshire pada 15 Julai lalu selepas dijangkiti virus maut itu dari suaminya.

Keluarganya memberitahu, wanita itu sering menangguhkan vaksinasi biarpun sudah mendapat tarikh temu janji.

Dia sering memberi alasan banyak kerja yang perlu dilakukannya, termasuk menguruskan tiga anaknya.

Coombs meninggalkan tiga anak yang masing-masing berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Keadaannya mula kritikal selepas dia tidak memberikan respons terhadap sebarang ubatan yang diberikan, selain paras oksigennya turun mendadak.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.