Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kilang minyak makan dibina di Keningau – Shafie

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Selepas melancarkan kilang minyak masak jenama Benta Enak Sedap Sehat di Tawau, sebuah lagi kilang minyak berasaskan sawit akan dibina di Keningau.

Ketika mengumumkan berita gembira itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Shafie Afdal berkata, kilang kedua yang diusahakan oleh syarikat milik rakyat Sabah  itu nanti akan memberi peluaang pekerjaan kepada masyarkat di kawasan itu terutama golongan muda yang belum mendapat sebarang pekerjaan.

SHAFIE — Kilang minyak makan akan dibina di Keningau

Perkembangan terbaru itu turut memberi suntikan semangat kepada pengusaha-pengusaha  ladang sawit untuk bergiat semula secara aktif dalam industri yang pada sebelum ini hampir dipinggirkan berikutan iklim harga komoditi itu yang tidak menentu.

Selain daripada itu jelas Shafie, masyarkat di kawasan Pedalaman khususnya akan mendapat manfaat yang lebih besar kerana tidak lagi terlalu bergantung terhadap bekalan minyak daripada luar negeri itu.

Mohd Shafie mengumumkan bahawa Lembaga Tanah Negeri Sabah (SLDB) akan dipertanggungjawabkan untuk membina kilang itu dalam tempoh terdekat.

“Minyak masak keluaran tempatan itu nanti dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding pada sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Keningau di sini.

Sambutan yang dihadiri kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat itu diadakan di ruang legar Pasar Malam Keningau.

Mohd Shafie berkata, beliau pada baru-baru ini telah melancarkan kilang minyak masak jenama ‘Benta Enak Sedap Sehat’ (BESS) di Tawau yang menelan belanja RM3.5 juta.

Kilang itu dibangunkan oleh Benta Wwasan Sendirian Berhad (BWSB) sebuah anak syarikat milik Yayasan Sabah.

Minyak masak BESS itu dijual pada harga pasaran RM5 sebotol untuk saiz 1 kilogram, 2 kilogram RM9 bagi dua kilogram dan RM20 bagi lima kilogram.

Ketua Menteri menyifatkan kejayaan itu sebagai sangat bersejarah berikutan kemampuan kerajaan negeri menerusi Benta Wawasan Sendirian Berhad (BWSB)  untuk memproses, membungkus serta memasarkan minyak masak pada harga mampu untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina peringkat daerah itu Mohd Shafie berkata, ia dapat menyuburkan lagi perpaduan kaum dan agama yang sudah sedia terjalin di negeri ini.

Sambutan Tahun Baru yang julung kali diadakan di daerah itu secara besar-besaran yang dihadiri turut dihadiri oleh MenteriP Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Kautis, Pegawai Daerah Keningau Haji Hasan Mahali, Kapitan Raymond Koh selaku pengerusi penganjur, ketua-ketua jabatan, kapitan-kapitan Cina dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Sementara itu Pengerusi Penganjur Raymond Koh ketika menyampaikan ucapan alu-aluan memberitahu bahawa sambutan perayaan Tahun Baru Cina seumpama itu mencatatkan sejarah tersendiri kerana dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie.

“Sepenjang 16 tahun sebagai pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau dan 20 tahun sebagai Ahli Majlis Daerah (AMD) tidak pernah seorang Ketua Menteri datang ke Keningau melawat pasar malam,” katanya.

Raymond mengajak masyarakt Tionghua di daerah itu supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Mohd Shafie.

 

 1,276 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.