Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KKD ST Joseph Lingkudau serah sumbangan mangsa banjir

0

SUMBANGAN kemanusian – Komuniti Kristian Dasar (KKD) St Joseph Lingkudou menyumbangkan air mineral sebanyak 55 kotak dan 10 kotak pakaian terpakai untuk mangsa-mangsa banjir di Daerah Tenom dan Beaufort.

Pengerusi KKD Lingkudau Kennedy Bukat menyerahkan sumbangan itu kepada Katekis Claudius Kinsik bagi pihak Kouskupan Saint Francis Xavier (KSFX) Keningau dalam satu majlis ringkas di sini pada Isnin.

Bercakap kepada media selepas majlis penyerahan itu, Kennedy berkata, sumbangan-sumbangan itu diperolehi daripada hasil kutipan penganut keristian Saint (St) Joseph Lingkudau termasuk tiga orang penyumbang daripada umat Islam di kampung itu.

“Kami berdoa semoga mangsa-mangsa yang terlibat di dua daerah itu sentiasa dalam lindungan Tuhan,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.