KM Melaka angkat sumpah
Sulaiman menang dengan 4,486 undi menewaskan calon PN- Bersatu, Abdullah Mahadi 1,382 undi dan Mohamad Asri Ibrahim PH-PKR yang hanya mendapat 1,153 undi.
DATUK Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri, lewat malam tadi.
Ini adalah kali kedua bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu pada tahun lalu.
Majlis angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), kira-kira jam 12.58 pagi pada Isnin secara tertutup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di majlis itu, selain Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.
Sulaiman menang dengan 4,486 undi menewaskan calon PN- Bersatu, Abdullah Mahadi 1,382 undi dan Mohamad Asri Ibrahim PH-PKR yang hanya mendapat 1,153 undi. – The Borneo Digest
KEPUTUSAN RASMI
- Barisan Nasional (BN) – 21 kerusi
- Pakatan Harapan (PH) – 5 kerusi
- Perikatan Nasional (PN) – 2 kerusi