Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kombinasi ibubapa dan guru penting – Raymond

1

NABAWAN (Sabah, Malaysia) — Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting bagi meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Pensiangan Raymond Ahuar berkata, ibu bapa dan guru-guru perlu ada persefahaman bagi mengelakkan isu-isu yang boleh merenggangkan hubungan ibu bapa dan pihak sekolah. 

Raymond (dua kanan) menerima cenderakenangan daripada Ampaku Mantis

Katanya, ibu bapa perlu faham peranan guru sebagai pendidik di sekolah semasa anak-anak berada di sekolah.

“Guru-guru sudah tentu mendidik anak-anak berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia” katanya semasa berucap merasmikan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Mosopoh dekat sini.

Sementara itu Raymond yang juga Setiausaha Timbalan Ketua Menteri berkata, ibu bapa juga memainkan peranan sebagai pendidik terutama semasa anak-anak berada di rumah.

Ini katanya, kerana masa anak-anak berada dirumah lebih panjang berbanding di sekolah.

Terdahulu Guru Besar SK Ulu Mosopoh Ampaku Mantis, berharap kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa di sekolah berterusan.

Katanya, kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam apa juga program yang dianjurkan oleh pihak sekolah amat memuaskan. 

“Ini membolehkan setiap program sekolah yang membabitkan ibu bapa dapat dilaksanakan dengan baik” jelasnya.

Loading

1 Comment
  1. Borneo Digest says

    Memang sepatutnya macam begitu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.