Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

USNO sokong usul turun had umur pengundi

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia) – Usul menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada esok (4 Julai 2019), merupakan berita baik kepada kira-kira 1.5 juta belia di negara ini, kata Ketua Penerangan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Musli Oli.

MUSLI HJ OLI
Ketua Penerangan USNO

“Usul ini jika diluluskan merupakan anjakan paradigm yang positif kepada lanskap pengundi pada Pilihanraya Umum (PRU) 15,”

“Ia harus mendapat sokongan dua pertiga daripada ahli-ahli Yang Berhormat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Musli berkata, jika had umur diturunkan kepada 18 tahun dijangka jumlah yang layak tetapi tidak mendaftar akan meningkat kepada 5.5 juta (daripada empat juta sedia ada bertambah kepada 5.5 juta) daripada kira-kira 20 juta yang akan layak mengundi.

Katanya, pengundi belia itu bakal penentu pada pilihanraya yang akan datang dan merupakan aset yang sangat besar yang sebahagiannya memberi menafaat kepada USNO pada PRU-15.

Ketua Penerangan itu menjelaaskan bahawa langkah menurunkan had umur kepada 18 tahun bermula selepas tahun 1970-an di United Kingdom (1969/70), Eropah Barat (1970-an), Amerika Syarikat (1971), Kanada, Jerman (1972), Australia, Perancis (1974) diikuti India, Pakistan, New Zeland dan semua negara di Amerika Latin, Afrika dan Asia (1980-an) serta Jepun negara yang terakhir pada 2016.

“Kecuali Malaysia dan Singapura dalam Asean, negara-negara lain telah menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun,” katanya dan menambah dengan penurunan had umur itu meletakkan Malaysia pada tahap sama rata dengan amalan semua negara demokrasi di dunia.

 1,923 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.