NABAWAN (Sabah, Malaysia) — Ustaz Syamsul Harris Bin Diah dipilih sebagai pengerusi Masjid
Masjid Al-Hidayah Daerah Nabawan bagi sesi 2018 – 2020.
Timbalan Pengerusi disandang oleh Salim Bin Ahmad Usol sementara itu Naib-Naib Pengerusi masing-masing disandang oleh Yiwot Bin Serit, Rosly Bin Roslan Asing dan Maturin Bin Hj Hasbollah.
Setiausaha 1 dan 2 masing-masing dipegang oleh Rachel Yabab dan Suhaimi Sipin manakala Bendahari dipegang oleh Andi Fathmal Mohd Ikhsan.
Syukbah-Syukbahnya pula terdiri dari Imam Suhaimi Bin Baulun (Ekonomi), Ismail Bin Mohd Nasir (Kebersihan), Rizuan Bin Roslan (Tugas Khas), Mohamad Daklan
(Aset), Jamilah Belana dan Sari Sidin (Hal ehwal Wanita), Awang Malik Baki dan Sallydiah Awang (Pendidikan), Raidzal Ghazali (Pembangunan) dan Salim Lim Ming Fong (Juru Audit).
Majlis penyampaian watikah pelantikan kepada semua Ahli Jawatankuasa Masjid itu disempurnakan oleh Penaungnya Senator Datuk Abdul Ghani Datuk Hj. Mohd Yassin yang juga Ketua Bahagian Usia Pensiangan. Majlis sedarhana itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran badan jawatankuasa Masjid itu pada akhir Syawal baru-baru ini.