Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Komoditi baharu bakal diperkenalkan di Sabah – Datuk Peter

0

TENOM (Sabah, Malaysia) – Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony membayangkan ada satu jenis tanaman baru yang akan diperkenalkan di daerah ini bagi mengatasi masalah harga komoditi getah dan kelapa sawit yang tidak menentu.

Katanya, memandangkan harga komoditi getah yang semakin suram dan kelapa sawit yang membebankan terutama kepada pekebun kecil kedua-dua komoditi ini maka pihaknya bercadang akan memperkenalkan tanaman baru itu.

Walau bagaimanapun Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap enggan menyatakan apakah jenis tanaman itu kerana ia adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah.

“Biarlah Menteri berkenaan akan memaklumkannya kemudian apabila sampai masanya. Kita tunggu saja pelaksanaannya” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 Bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony merangkap ADUN Melalap, ADUN Kemabong Jamawi Jafaar dan Ahli Parlimen Tenom Puan Noorita Sual di Dewan Kompleks Sukan di sini kelmarin.

Majlis Rumah terbuka yang dihadiri oleh lebih kurang 8,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama itu dihoskan oleh Jamawai dan keluarga dengan kerjasama Peter dan Noorita.

“Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah di sini untuk memastikan kawasan tanah penduduk yang terbiar dan saya juga telah meminta pemilik tanah terbiar disenaraikan supaya tindakan selanjutnya dapat dibuat” jelasnya.

Beliau berkata, mana-mana tanah terbiar yang telah dikenalpasti akan diusahakan dengan tanaman baru itu nanti yang diyakini mampu menjana pendapatan penduduk yang lebih terjamin kerana harganya tinggi.

Mengenai dengan pembangunan infrastrukur di daerah ini Peter berkata, sebuah jambatan baru menyerebaragi sungai padas di Tenom Lama, Jalan Tenom – Kemabong akan dibina.

Katanya, rancangan pembinaan jambatan baru itu nanti dapat melancar lalu lintas antara Kemabong ke daerah Tenom dan seterusnya ke daerah Keningau dan beberapa daerah di kawasan Pedalaman.

Beliau yang juga Presiden KDM berkata, pembinaan jambatan baru itu akan dilaksanakan tahun hadapan.

Walau bagaimanapun beliau tidak mengumumkan jumlah peruntukanya.

“Saya akan umumkan peruntukannya kelak apabila semua prosesnya selasai” katanya.

Namun pada dasarnya Menurut Peter, Kerajaan telah meluluskan peruntukannya.

Selain itu, pada tahun hadapan pihaknya akan menyenaraikan banyak jalan raya sama ada pembinaan jalan baru dan penyelanggaraan di kawasan Parlimen Tenom yang merangkumi ADUN Melalap Kemabong.

“Inilah usaha kita untuk membantu dan membela nasib rakyat di kawasan ini. Namun beri kami masa untuk merancangnya” tambah Peter.

Mengenai dengan pencapaian kerajaan baru yang di negeri ini Peter berkata, dalam tempoh setahun ini, telah banyak pembangunan yang telah dilaksanakan namun pada tahun hadapan akan lebih banyak lagi pembangunan untuk rakyat akan dapat dilaksanakan.

Pada masa sama Peter juga berharap agar peruntukan yang lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun hapadan.

Ini katanya, bagi membolehkan Kerajaan Negeri merancang lebih banyak pembangunan ifrastruktur terutama jalan raya yang lebih selesa setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Douglas Lind, Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangun, Setiausaha Tetap KPLB Fredian Gan, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.