Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Konsert lagenda rock 7 Mei di Sandakan

0

SANDAKAN (Sabah, Malaysia): Penganjur Konsert Amal Lagenda Rock Malaysia akan dilangsungkan pada 7 Mei depan, akan mendermakan 30 hingga 40 peratus daripada pedapatan jualan tiket kepada Rumah Anak Yatim Al-Yakin, Masjid Taman Indah Jaya Batu 4, Pusat Taman Cahaya Batu 12, Gereja Anglican Indah dan Rumah Warga Tua Sri Harapan.awie

Ketua Pegawai Eksekutif H&M Golden Legacy Sdn Bhd, A Aris Dani Ahmad berkata, tiket-tiket akan dijual dengan harga RM200 bagi VIP, amy searchRM100 untuk duduk depan serta RM65 untuk tiket biasa, yang boleh dibeli melalui agen di beberapa daerah utama seperti Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau.

Konsert yang mengabungkan lima lagenda rock tanah air seperti Amy Search, Awie Wings, Mus May, Ella dan Man Kidal akan diadakan di Kompleks Sukan Sandakan.

Katanya konsep konsert itu ialah berhibur sambil menderma.    “Harga tiket biasa ialah RM80 dan RM50 pada sepanjang tempoh promosi yang akan bermula pada 30 Mac hingga 26 April,” jelas Aris dan memberitahu konsep konsert itu ialah berhibur sambil menderma.

 343 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.