Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sokong Dato’ Seri Najib — Sairin

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) Datuk Sairin Karno berkata bahawa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1 Development Berhad (1MDB), sudah cukup untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bersih daripada sebarang skandal melibakan 1MDB.DSC_0696

Ahli Parlimen DAP Kepong, yang merupakan Naib Pengerusi PAC Dr. Tan Seng Giaw turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung dengan tuduhan palsu mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammed mengenai dakwaan kononnya dana bernilai RM42 bilion lesap daripada akaun 1MDB.

“Ini adalah bukti yang kukuh dan jelas bahawa Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak seorang pemimpin yang jujur dan ikhlas,” katanya dan menambah, kini masa yang tepat untuk rakyat untuk bersatu semula untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin itu.DSC_0671

“Kita kena sokong Najib,” katanya kepada pengamal media selepas merasmikan Dewan Terbuka SK Ulu DSC_0680Senagang dan penyampaian bag sekolah kepada murid-murid di sekolah itu lewat pada Khamis (7 April 2016).

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu berkata, bahawa Perdana Menteri Malaysia itu sedang berusaha untuk memastikan semua rakyat di Negara ini mendapat pembangunan yang seimbang secara berperingkat.

Di peringkat negeri  katanya, Ketua Menteri – Datuk Seri Musa Hj. Aman melakukan benda yang sama.

“Kedua pemimpin kita ini sedang berusaha keras untuk memikirkan kaedah, bagaimana untuk membantu rakyat,” katanya.

Mesyuarat berkolompok cawangan-cawangan Umno Bahagian Keningau pada baru-baru ini, turut mengusulkan ketetapan menolak deklarasi rakyat yang dianjurkan oleh Tun Mahathir, sebaliknya memutuskan dengan sebulat suara untuk memberi sokongan tidak berbeah bahagi kepada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno Malaysia.

Ketatapan yang sama dilakukan oleh Umno Bahagian Pensiangan dan Umno Bahagian Tenom.

Ketiga-tiga bahagian itu turut berikrar untuk memberi sokongan padu kepada Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, serta mendukung kepimpinan Datuk Seri Musa Hj. Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Sairin yang merupakan antara pengasas awal kemasukan Umno ke negeri Sabah berkata, kepimpinan Najib mendapat pengiktirafan dunia justeru rakyat harus memberi sokongan yang padu kepadanya untuk memimpin negara ini.

Berucap ketika merasmikan majlis, Sairin mengajak ibubapa supaya mengawasi anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam ativiti menyalahgunakan akses media sosial.

Katanya, media sosial sepatutnya wadah untuk memperolehi dan berkongsi ilmu, namun jika ia disalahgunakan boleh mengakibatkan pelayar khususnya golongan remaja akan menerima akibat jika tidak bijak untuk menggunakan.

“Apa yang berlaku pada masa kini ialah media sosial dijadikan alat untuk menerima dan menyalurkan maklumat-maklumat palsu, yang boleh menimbulkan ketegangan sesama sendiri,” katanya.

Beliau menasihatkan pelayar media sosial supaya lebih berhati-hati ketika melakukan akses melalui laman tersebut.

Sairin turut menasihatkan ibubapa supaya memperkasa jalinan dengan warga pendidik di sekolah itu, dalam usaha untuk memastikan kecemerlangan pencapaian ilmu dikalangan anak-anak mereka.

Terdahulu, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara, Teo Guan Leck menekankan bahawa sudah sampai waktu bagi masyarakat untuk menerima perubahan global, yang meletakkan ilmu sebagai satu keutamaan penting.

Katanya, ilmu merupakan senjata penting untuk memerangi kemiskinan pada era globalisasi.

Sumbangan bag sekolah kepada seramai 121 pelajar di situ katanya, merupakan sebahagian daripada khidmat sosial Yayasan Sabah kepda murid-murid sekolah luar Bandar.

Menyaksikan majlis itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N34 Liawan, Sahanip Jamil, Guru Besar SK Ulu Senagang Matuya Kiadang, Ketua-Ketua Adat setempat, pegawai serta kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.