Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Korea Utara sedia ‘berbaik’ dengan AS jika diiktiraf kuasa nuklear

0

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggelarkan Korea Selatan sebagai “musuh paling bermusuhan” dan menolak perbincangan dengan jirannya. – Foto AFP

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggelarkan Korea Selatan sebagai “musuh paling bermusuhan” dan menolak perbincangan dengan jirannya. – Foto AFP

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, memberi bayangan negaranya bersedia menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), namun menegaskan Korea Selatan tetap dianggap ‘musuh ketat’, menurut laporan media rasmi hari ini.

Dalam ucapannya pada penutup kongres parti yang bersejarah, Jong Un menggesa Washington menghormati status Pyongyang sebagai kuasa nuklear.

Jika Washington menghormati status semasa negara kami seperti termaktub dalam Perlembagaan… dan menarik balik dasar permusuhan… tiada sebab untuk kami tidak boleh berbaik-baik dengan AS,” kata Jong Un menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Namun, beliau dilihat menutup sebarang kemungkinan untuk memperkukuh hubungan dengan Korea Selatan apabila berkata akan ‘mengecualikan secara kekal’ Seoul sebagai antara ‘rakan senegara’ negaranya.

Korea Utara langsung tiada urusan untuk berdepan dengan Korea Selatan, musuh paling ketat,” kata Jong Un, sambil menyifatkan usaha berdamai terkini Seoul sebagai ‘mengelirukan’.

Korea Utara meminda Perlembagaannya pada 2024 bagi mentakrifkan Korea Selatan sebagai ‘negara bermusuhan’ buat kali pertama.

Presiden AS, Donald Trump meningkatkan pendekatan diplomatiknya terhadap Jong Un ketika lawatan ke Asia tahun lalu dengan menyatakan beliau ‘100 peratus’ terbuka untuk mengadakan pertemuan.

Trump malah menyimpang daripada dasar AS selama beberapa dekad apabila mengakui Korea Utara sebagai negara ‘kuasa nuklear’.

Beliau dijangka melawat sekutu lama Korea Utara, China pada April, dengan spekulasi semakin memuncak bahawa beliau mungkin berusaha mengadakan pertemuan dengan Jong Un di luar acara lawatan itu.

Perarakan ketenteraan berskala besar menandakan penutup kongres Parti Pekerja, acara lima tahun sekali yang menetapkan hala tuju negara merangkumi dasar luar hingga perancangan peperangan.

Korea Utara sebelum ini menggunakan perarakan sedemikian untuk mempamerkan aset persenjataan terbaharunya, sekali gus memberi gambaran jarang diperoleh mengenai kekuatan tenteranya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.