Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Korea Utara tuduh AS jadi ‘punca segala masalah’ di Ukraine

0

SEOUL: Korea Utara menyalahkan Amerika Syarikat (AS) kerana menjadi ‘punca’ kepada krisis yang berlaku di Ukraine dan pada masa yang sama menyokong Rusia.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman web kementerian pertahanan negara itu, Pyongyang menuduh Washington yang perlu dipertanggungjawabkan dalam krisis yang berlaku antara Ukraine dan Rusia sehingga tercetusnya peperangan.

“Semua yang berlaku ketika ini di Ukraine adalah disebabkan oleh keangkuhan AS yang kononnya mengetahui semua perkara,” jelas kenyataan itu.

Menurut penganalisis politik Korea Utara, Ri Ji Song, AS sentiasa masuk campur hal ehwal negara lain atas alasan ‘keamanan dan kestabilan’ namun sebenarnya lebih kepada usaha ‘menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri’.

Rusia merupakan antara negara yang menjalin hubungan baik dengan Korea Utara, selain China. – AFP

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.