Dr. Sangkar, PKR tidak ada masalah – Upko pedalaman
“Kualiti karismatik Dr. Sangkar ditahap yang tinggi,” Katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

KENINGAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sook dengan Parti Keadilan (PKR) di kawasan pedalaman Sabah umpama dua sahabat yang sangat akrab dan saling memerlukan antara satu.
Ketuanya Mohd Khairy Abdullah mengesahkan kedua-dua parti ini tidak mempunyai sebarang isu.
“Begitu juga dengan pimpinan kedua-dua parti itu di sini… Datuk Dr. Sangkar Rasam sebagai Ketua Cabang Keningau dan kami di Sook Pensiangan … beliau sering turun padang menyantuni dan membantu rakyat sama ada di Keningau atau Pensiangan,”.
“Keupayaannya mendekati rakyat dan membahas pelbagai isu sangat berkesan meletakkan beliau disukai dan disegani rakyat pelbagai lapisan,”.
“Kualiti karismatik Dr. Sangkar ditahap yang tinggi,” Katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.
Khairy menambah berdasarkan penilaian peribadinya , tidak ada sebarang isu yang berkaitan Dr. Sangkar di Kawasan pedalaman dan negeri kerana menurutnya Pengerusi MPN Sabah itu seorang pemimpin yang disegani dan disukai rakyat.
Ketika ditanya mengenai pandangannya mengenai kemelut pimpinan PKR negeri yang melibatkan pengerusinya (Dr. Sangkar), Khairy menyorot isu itu melalui prespektif politik yang menunjukkan krisma Dr. Sangkar kini ditahap kukuh.
“Semua pemimpin yang memiliki kualiti karismatik di dunia sering berhadapan dengan pelbagai cabaran besar … secara peribadi saya memberitahu anda bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih arif mengenai situasi ini,” Katanya.
Bersama Ketua Wanita dan Pemuda Upko Sook, Pensiangan, Rosanna Edeza dan Fidelis Boyogo menzahirkan pandangan positif mengenai kualiti Dr. Sangkar sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh.