Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KUSKOP tumpu peningkatan produktiviti syarikat vendor PKS

,.. 9 syarikat dapat geran inovasi – Ewon

0

RAWANG (Selangor): Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (kuskop) memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti syarikat vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, di bawah platform Program Pembangunan Vendor (PPV) yang dilaksanakan oleh kementeriannya, terdapat dua program iaitu Program Pembangunan Kapasiti Vendor (PPKV) dan Geran Inovasi dan Pengkomersilan Vendor (GIPV) untuk membangunkan vendor yang kompeten dan berprestasi tinggi.

Tahun ini jelasnya, KUSKOP menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk PPKV dan RM10 juta untuk GIPV.

“Dalam lima bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Mei sebanyak 14 syarikat vendor telah menerima geran di bawah PPKV dan 9 syarikat vendor menerima pembiayaan di bawah GIPV.

“Antara penerima geran GIPV pada tahun ini ialah syarikat Ingress AOI Technologies Sdn.Bhd. GIPV adalah bantuan dalam bentuk geran bagi meningkatkan tahap penyelidikan dan pengkomersilan dalam operasi pembuatan dan pengurusan perkhidmatan agar lebih berdaya saing,” katanya. kepada pengamal media selepas merasmikan Projek Automated Storage And Retrieval System (ASRS) GIPC, Ingress AOI Technologies Sdn.Bhd, di sini, selasa.

Ketika berucap, Ewon menjelaskan KUSKOP telah menjalin kerjasama strategik bersama 33 syarikat Anchor yang terdiri daripada pemain-pemain industri utama di negara ini, antaranya PERODUA.

“Sekitar 1,300 syarikat vendor yang berdaftar dan syarikat ini akan memohon dan kita pertimbangkan untuk pelaksanaan program pembangunan vendor (PPV),” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan PPV adalah kritikal sebagai inisiatif utama Teras Strategik 5 bagi Memantapkan Keupayaan dan Prestasi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Inisiatif ini memfokuskan penyertaan syarikat Anchor baharu yang terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinational (MNC), pewujudan vendor berbilang tingkat dan perluasan sector berpertumbuhan tinggi.

“Vendor PPV adalah sebahagian daripada ekosistem PMKS yang merangkumi lebih satu juta pertumbuhan perniagaan di Malaysia dan menyumbang sebanyak 38.4 peratus kepada KDNK pada tahun 2022. Kadar sumbangan ini disasarkan untuk meningkat sehingga 41 peratus pada tahun 2025,” katanya.

Ewon berkata, platform PPV membuka peluang kepada para vendor yang berdaftar dengan syarikat Anchor mendapatkan bimbingan latihan, teknikal dan khidmat nasihat serta pembangunan penyelidikan.

Pada majlis itu Ewon turut di bawah melawat bangunan kilang syarikat Ingress AOI Technologies Sdn.Bhd iaitu antara vendor kepada Perodua yang mana Perodua merupakan salah satu daripada 33 syarikat Anchor yang menjalankan kerjasama dengan KUSKOP untuk membangunkan vendor-vendor bumiputera.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Kumpulan Syarikat Ingress Corporation Berhad Datuk Rameli Musa, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Pengarah Urusah Kumpulan Syarikat Ingress Corporation Berhad Mohd Sirajuddean Ab.Rahim dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor KUSKOP Chek Zainuddin Chek Jusoh.

 105 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.