WASHINGTON: Beberapa fenomena astronomi menghiasi langit pada bulan ini, bermula dengan jajaran enam planet sehinggalah hujan meteor.
Fenomena langit yang terjadi setiap bulan selalunya berbeza, mulai dari fenomena bulan, matahari, hingga objek lain yang ada di ruang angkasa.
Pengalaman atau penampilan yang dapat disaksikan penduduk di serata dunia juga adalah berbeza, bergantung kepada lokasi fenomena terbabit berlaku.
Beberapa fenomena dapat disaksikan tanpa alat bantuan seperti teropong atau teleskop, namun dalam kes tertentu, alat bantu boleh memberikan pengalaman lebih baik.
Selain itu, faktor cuaca juga sangat penting terutama berapa cerah langit malam pada saat berlakunya sesuatu fenomena astronomi.
Fenomena 6 planet sederet dijangka mula berlaku pada 4 Jun ini, di mana enam planet berkenaan kelihatan sederet di bawah bulan yang mengambang di atasnya.
Planet Utarid dan Musytari akan tampak paling dekat di langit pagi saat jaraknya kurang dari satu darjah. Anda bisa melihat kedua planet ini hingga waktu fajar.
Meskipun planet-planet itu bersinar terang, mereka akan bersaing dengan cahaya Matahari yang sedang terbit. Waktu terbaik untuk melihatnya adalah saat fajar sekitar 40 menit sebelum Matahari terbit.
Selain itu, Anda juga dapat melihat Marikh dan Zuhal yang berada lebih tinggi di langit. Neptun dan Uranus juga akan kelihatan dalam deretan planet itu.
Menurut laporan laman sesawang Earthsky, kesempatan terakhir untuk melihat keenam-enam planet sederet ialah sebelum matahari terbit pada 5 Jun ini.
Pada 7 Jun pula, dijangka hujan meteor Arietids menghiasi langit kerana tidak akan ada cahaya bulan bagi menghalang penglihatan meteor di langit pagi, kerana bulan memasuki fasa bulan baru pada hari sebelumnya.
Pada pagi 7 Jun ini, dijangka dapat dilihat jelas puncak fenomena hujan meteor yang diramalkan berlangsung dari 29 Mei hingga 17 Jun ini.
Seseorang mungkin dapat melihat sebanyak 60 meteor sejam, yang juga angka yang cukup tinggi dan menjadikannya salah satu hujan meteor paling aktif tahun ini.
Namun, hujan meteor ini kerap terjadi pada siang hari dan bagi sesiapa yang ingin melihat Arietids, perlulah bangun beberapa jam sebelum fajar menyingsing dan melihat ke arah timur untuk melihat lokasi bintang Aries.
Pada 21 Jun ini pula berlaku hari terpanjang dalam setahun di atas garis khatulistiwa di hemisfera utara bumi, yang juga disebut ‘titik balik Matahari musim panas’.
Sebaliknya, ini adalah hari terpendek dalam setahun di hemisfera selatan bumi atau ‘titik balik matahari musim dingin’.
Titik balik matahari adalah hari astronomi yang penting, kerana ia menandakan pergeseran musim dan pergerakan bumi mengelilingi matahari.
Selama ribuan tahun, berbagai budaya meraikan ‘titik balik matahari’ pada bulan Jun dengan berbagai cara.
Satu lagi fenomena astronomi, hujan meteor Bootids, lazimnya tidak begitu dipedulikan pemburu meteor pada peringkat awal setiap tahun kerana ketibaannya berdasarkan Kadar Jam Zenith (ZHR), hanya satu hingga dua meteor sejam.
Namun, ketika malam puncak hujan meteor pada 27 Jun ini, hujan meteor terbabit mungkin memiliki jumlah yang lebih besar.
Ini kerana hanya beberapa tahun sekali hujan meteor yang tidak dapat diramal itu memiliki lonjakan hingga 100 meteor sejam.
Sayangnya, tidak ada yang tahu secara pasti apakah lonjakan akan terjadi pada 2024 atau tidak. Lonjakan jumlah meteor kali terakhir berlaku pada 1998.
Hujan meteor dikenali sebagai Bootids Jun ini adalah sangat panjang, bergerak perlahan melintasi sebahagian besar langit kerana sudut kecerunannya saat memasuki atmosfera bumi.
Jadi, meskipun hanya melihat satu atau dua meteor kelihatan tahun ini, ia tetap akan menjadi pemandangan yang menakjubkan. – AGENSI
Susunan planet-planet mengikut yang terdekat dengan matahari ialah Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus (Uranus), Neptun (Neptune), dan Pluto ( Pluto ).