SEORANG lelaki di Bali dilaporkan tinggal bersama mayat ibunya selama 54 hari di rumah mereka.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Putu Sugiarta, 53, meletakkan ketulan ais di atas mayat ibunya selama tempoh berkenaan kerana tidak mahu ia mereput dan busuk.
Ibunya, Wayan Terpi meninggal dunia pada 13 November lalu dan kematiannya hanya disedari jiran tetangga selepas sudah lama tidak melihatnya.
Penduduk kampung kemudiannya cuba mencari Wayan dan mengetahui wanita itu sudah meninggal dunia serta mayatnya masih berada di rumah.
Mereka meminta Putu mengebumikan segera mayat ibunya, namun lelaki itu membantah kerana ibunya mewasiatkan supaya tidak mengebumikan mayatnya selama empat bulan.
Sehubungan itu, penduduk kampung melaporkan hal tersebut kepada polis dan Putu dipujuk untuk mengebumikan ibunya.
Mayat Wayan akhirnya dikebumikan dengan bantuan penduduk kampung pada 26 Disember lalu.
459 total views, 1 views today