Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lembab siapkan SMK Trusmadi: Senator Ghani minta Menteri lawat

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) — Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusmadi di Mukim Lanas yang agak lembab akan dibawa ke pengetahuan Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Dr.Mazlee Malik.

Senator Ghani menerima cenderakenangn daripda Salim Linggi

Ahli Dewan Negara,Senator Datuk Abdul Ghani Datuk Hj Mohd Yassin berkata, ini amat penting bagi memastikan punca kelembaban pembinaannya.

Sehubungan dengan itu katanya, pihaknya akan meminta Menteri Pendidikan dan Pegawai-Pegawai Kanana Kementerian untuk mengadakan lawatan kerja di sekolah-sekolah di kawasan Pedalaman termasuk SMK Trusmasi yang sedang dalam pembinaan.

“Pembinaan SMK Trusmadi agak perlahan mungkin dengan kehadiran Menteri itu sendiri dan pegawai-pegawai kanannya akan dapat menyelasaikan masalah-masalah yang dihadapi” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan nanyian solo kategori sekolah rendah peringkat daerah Keningau anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau di Sekolah Kebangsaan (SK) Tulid di Sook pada Rabu. 

Ghani yang juga Ketua Penaja Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  berkata, lawatan Menteri Pendidikan itu kelak akan diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Sabah dan PPD Keningau.

Beliau berkata, pembinaan SMK Trusmadi perlu disiapkan segera kerana ia amat penting bagi memudahkan dan meringankan bebanan dari segi kos perbelanjaan para ibubapa di 15 buah kampung dalam mukim ini untuk menghantar anak-anak ke sekolah berbanding ketika ini yang terpaksa menghantar ke SMK Tulid, SMK Sook, dan beberapa buah sekola menengah di Keningau yang mana jaraknya amat jauh.

Katanya, dengan kehadiran Menteri Pendidikan  itu di kawasan Pedalaman sudah tentu ianya akan dapat mengetahui sendiri keperluan dan kekurangan kemudahan pendidikan yang amat diperlukan di sekolah-sekolah di kawasan ini.

Jelasnya, SMK Trusmadi dibina di tanah seluas 27 hektar pada bulan Mei 2017 oleh kerajaan terdahulu yang mana sepatutnya siap pada julai tahun ini melibatkan kos melebihi RM30 juta.

Dalam pertandingan nyanyian solo itu menyaksikan Annabella Aue Sylvester dari Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan mewakili zon Bingkor telah dinobatkan sebagai juara sekaligus mewakili Keningau ke pertandingan peringkat negeri yang diadakan di Kinabatangan pada hujung bulan ini.

Naib johan dan tempat ketiga disandang oleh Nur Diyana Alfian dan Dsviahnee Anak Melai masing-masing dari SK Tulid (Zon Trusmadi) dan SK Sook (Zon Sook).

Sementara itu juri pertandingan terdiri dari Michael Rajimin sebagai Ketua Juri, Puan Betty Stephen Tuning dan Francis Anahong.

Hadir sama Penyelia Unit Kokum PPD Keningau Mohd Azlie Mohd Ali, Pengetua SMK Tulid Dr. Rutil Taising, Guru Besar SK Tulid Salim Linggi selaku pengerusi pelaksana dan Guru-Guru Besar sekolah terlibat dan guru-guru pengiring.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.